Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Di Pulau: Sila...

KUALA TERENGANU - Pihak polis memohon orang ramai yang kehilangan anggota keluarga tampil...

Norish Karman Kesal Lambat...

PELAKON Norish Karman yang kini berhijab tampil berkongsi pengalamannya berhijrah dan kekal istiqamah sekali...

Final AFC 2015: Sultan...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Tajikistan...

Penuntut IPTA Sanggup Reka...

HELAH seorang penuntut universiti awam yang menyembunyikan kelahiran bayinya daripada keluarga dengan mereka...

Siasatan Menyeluruh Nahas Enam Korban Di LPT 2 Masih Berjalan

KUALA TERENGGANU – Siasatan menyeluruh berhubung nahas jalan raya yang meragut enam nyawa di Kilometer 288.6, berhampiran susur keluar Plaza Tol Chukai, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) Ahad lalu masih berjalan.

Ketua Polis daerah Kemaman, Supt Mohd Said Ibrahim berkata pihaknya menjangkakan akan memperolehi keputusan siasatan terbabit dalam masa terdekat.

Katanya, tayar kenderaan terbabit yang dipercayai punca berlakunya kemalangan itu telah dihantar ke Jabatan Kimia Pahang untuk pemeriksaan lanjut.

“Manakala kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Hyundai Starex yang terbabit dalam kemalangan itu juga dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan menyeluruh.

Siasatan lanjut sedang dilaksanakan bagi mengenal pasti punca kemalangan itu dan kita telah menghantar kenderaan dan tayar untuk pemeriksaan terperinci,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Kemalangan ngeri Ahad lalu yang membabitkan 10 anggota keluarga itu dikatakan berlaku selepas kenderaan MPV yang dipandu Ahmad Nasal Abd Rahman, 52 hilang kawalan ekoran satu tayar hadapan pancit lalu merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar tiang jejambat.

Insiden itu menyebabkan isterinya, Mahani Ngah,42, dan dua anak mereka Quratulnisa, 11 dan Ahmad Nijat,9, meninggal dunia manakala tiga lagi anaknya mengalami kecederaan.

Turut meninggal dunia ialah abangnya iaitu Ahmad Razif Abdul Rahman, 63, bersama isteri Pauziyah Awang, 56, serta cucu mereka Sofea Adriana Shahruddin, 7. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori