Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hubungi 999 Hanya Kerana...

SEORANG pelanggan sebuah restoran makanan segera di Oxford Road, Manchester City ditahan polis...

Lebih Banyak Jalan Berturap...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berharap agar kesemua pembinaan jalan...

Ada Bank Sekongkol Syarikat...

KUALA LUMPUR - Tindakan bank tidak menguatkuasakan langkah penarikan kereta dan terbabit dalam...

Majikan Diheret Ke Mahkamah...

KUALA LUMPUR - Majikan yang didapati tidak mendaftarkan pekerja asing tanpa izin (PATI)...

Sindiket Seludup Minyak Masak Warga Nigeria

KLANG – Polis menumpaskan satu sindiket menyeludup keluar minyak masak yang didalangi warga Nigeria dengan tertangkapnya empat suspek lelaki di sebuah premis alat ganti kenderaan di Jalan Bakti, Kapar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd Yusoff Mamat berkata kesemua suspek berusia 30-an terdiri daripada tiga warga Nigeria dan seorang warga tempatan yang dipercayai pemilik perniagaan berkenaan ditahan ketika polis sedang melakukan pemeriksaan rutin ke atas premis-premis alat ganti kenderaan terpakai di daerah ini pada pukul 11 pagi.

“Ketika melakukan pemeriksaan ke atas premis alat ganti kenderaan terpakai itu polis menjumpai kira-kira 2,000 botol minyak masak setiap satu seberat lima kilogram yang telah siap dibungkus untuk dieksport ke Nigeria.

Suspek kemudian gagal mengemukakan permit mengeksport barangan kawalan berkenaan ketika diminta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Yusuff berkata nilai minyak masak yang dirampas dianggarkan bernilai kira-kira RM40,000.

Bernama difahamkan minyak masak dijual pada harga RM10 sekilogram di Nigeria.


Kata Mohd Yusoff lagi, melalui siasatan awal sindiket ini menyeludup keluar minyak masak dengan menyorok barang berkenaan bersama-sama barangan alat ganti
kereta di dalam kontena.

“Sindiket ini dipercayai telah beroperasi selama lima bulan,” katanya. Kata Mohd Yusoff lagi, polis turut merampas beberapa unit enjin kenderaan dari premis berkenaan kerana tidak mempunyai dokumen.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori