Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Terus Siasat Pemimpin...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan terus menyiasat dan menahan mana-mana pemimpin...

Sanusi Mulakan Tugas Sebagai...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah baharu Muhammad Sanusi Md Nor memulakan tugas...

Komentar Asia Times: Hubungan...

PASIR GUDANG : Hubungan baik antara Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan...

Anggota UMNO Akar Umbi...

KUALA NERANG - Anggota dan kepimpinan UMNO di peringkat akar umbi perlu memberi...

Sistem Kabel Dasar Laut 20,000-Km Siap, Kata TM

KUALA LUMPUR – Konsortium South-East Asia – Middle East – Western Europe 5 (SEA-ME-WE 5) hari ini mengumumkan pembinaan prasarana kabel dasar laut sepanjang 20,000-kilometer telah siap.

Naib Presiden Eksekutif Global dan Borong Telekom Malaysia Bhd (TM), Mohammad Rozaimy Abdul Rahman, berkata sistem kabel itu yang telahpun mula mengangkut trafik dijangka dapat memenuhi pertambahan empat kali ganda permintaan jalur lebar di 18 negara dari Asia Tenggara ke Eropah Timur.

“Projek ini dijangka dapat menampung keperluan perniagaan masa depan TM dan meningkatkan pertumbuhan jalur lebar lebar antarabangsa, Transit Protokol Internet (IP), Rangkaian Persendirian Maya IP, rangkaian saling sambung dan perkhidmatan hala balik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Konsortium SEA-ME-WE 5, Linette Lee berkata, sistem itu akan memudahkan Era Baharu transformasi digital dan inovasi, memangkin aktiviti ekonomi yang lebih rancak, perdagangan dan pertumbuhan di tiga benua itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori