Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jual Beli Tanah DBKL...

KUALA LUMPUR - Semua urusan pembelian dan penjualan tanah melibatkan Dewan Bandaraya Kuala...

Maya Dirisik Lelaki Misteri,...

HEROIN filem Ombak Rindu, Maya Karin dikatakan telah dirisik oleh seorang lelaki yang...

LGE Kena Belajar Balik...

SINIS... Pemuda UMNO bidas Lim Guan Eng sangkal laporan Nomura Global Research turun rating...

Gurauan Racun Lipas Di...

ALAHAI... Nak bergurau pun ada hadnya ya wahai pembaca sekalian. Jangan ingat semua...

Chan/Sivasangari Jumpa Arnold Bersaudara Di Final

KUALA LUMPUR – Pasangan remaja Chan Yiwen/S. Sivasangari membuat kejutan hari ini apabila mengalahkan pasangan pilihan kedua, Aifa Azman/Andrea Lee untuk mara ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia Ohana hari ini.

Bagaimanapun, mereka terpaksa berhempas-pulas sebelum berjaya menyingkirkan Aifa, juara Terbuka Remaja Britain, dan pasangannya Andrea, setelah ketinggalan 7-10 pada set pertama, sebelum bangkit kembali untuk melakar kemenangan 11-10, 6-11, 11-10 dalam perlawanan sengit selama 37 minit.

Mereka dijangka berdepan dengan cabaran hebat apabila beraksi pada perlawnan akhir kerana terpaksa menyaingi ketangkasan pasangan Arnold bersaudara, Delia dan Rachel, yang menundukkan Aika Azman/Lai Wen Li 11-6, 11-5 pada satu lagi perlawanan separuh akhir di Pusat Skuasy Nasional di Bukit Jalil di sini.

Namun demikian, Chan, 16, dan Sivasangari, 17, berjanji akan berusaha habis-habisan untuk mengatasi pasangan yang memenangi pingat gangsa Kejohanan Beregu Antarabangsa itu pada pertemuan mereka esok.

“Sudah tentu amat mencabar kerana mereka adalah pasangan yang kuat dan cukup serasi. Bagaimanapun, kami akan berusaha dan berjuang habis-habisan untuk memberi persembahan terbaik,” kata Sivasangari, juara Sukan Remaja Komanwel kepada Bernama.

Dalam acara beregu lelaki pula, gandingan pemain terhandal negara, Ivan Yuen/Mohd Nafiizwan Adnan dengan mudah mengalahkan pasangan sedang mencipta nama, Ng Eain Yow/Mohd Syafiq Kamal 11-8, 11-9 untuk melayakkan mereka bertemu pasangan Australia, Zac Alexander/Rex Henderick pada pusingan seterusnya.


Pasangan Malaysia itu berkata mereka akan mengekalkan corak permainan pantas untuk mengetepikan pencabar mereka dari Australia, yang gemar menggunakan taktik permainan rali dan menunggu peluang untuk menyerang apabila lawan melakukan kesilapan.

“Saya berpendapat permainan beregu lebih berisiko kerana sekiranya ia berlarutan agak lama, lawan akan mengmbil kesempatan daripadanya. Jadi, lebih baiklah mengakhirinya dengan cepat, ikut rancangan permainan dan kumpul lebih banyak mata serta mengurangkan kesilapan,” kata Ivan.

Terdahulu, pada satu lagi perlawanan separuh akhir, pasangan Addeen Idrakie/Sanjay Singh mengasak hebat pasangan Australia tersebut, sebelum kalah dengan mata 11-4, 10-11, 11-8 dalam perlawanan sengit selama 58 minit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori