Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Ubat Sirap Dari Indonesia...

JAKARTA : Menteri Kesihatan mengesahkan ubat jenis sirap yang dikeluarkan di Indonesia mengandungi...

Pahang Peruntuk Lebih RM5...

KUANTAN – Kerajaan Pahang memperuntukkan lebih RM5 juta sebagai langkah segera mengatasi masalah...

Kerajaan Selangor Komited Laksana...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Selangor komited dalam melaksanakan Projek Langat 2 yang dijangka...

PKR Berpecah, Tidak Patut...

KUALA LUMPUR - Perpecahan yang didakwa berlaku dalam PKR ketika ini menjadi antara...

Sombongnya Putera Raja Bergelar TMJ

TIADA tarikh dapat dikemukakan mengenai peranan Kerajaan Negeri dalam memberikan sokongan kewangan terhadap pasukan bola sepak negeri. Pastinya ia sudah lama.

Membaca kenyataan sarkastik Tengku Mahkota Johor (TMJ) mengenai bantuan kerajaan terhadap persatuan bola sepak negeri pada ketika ini sebagai berunsur pilihan raya sangat menjengkelkan.

TMJ barangkali menganggap setiap negeri sehebat Johor; memiliki putera raja yang cekap mencari duit. Setiap negeri bagi TMJ harus menjadi Johor dan bebas daripada bantuan kewangan melalui sumber politik termasuk Kerajaan Negeri.

Bantuan sumber politik termasuk Kerajaan Negeri dalam sukan, bagi TMJ adalah berunsur membeli undi dan akan mencemar kesucian bola sepak.

TMJ harus sedar, bola sepak belum boleh berdikari dengan persekitaran sekarang. Dana tajaan sukan di negara ini masih perlu dibagi-bagi kepada pelbagai jenis sukan. Ini menjadikan bola sepak sekali pun sukan nombor satu, masih perlu merebut kek tajaan dengan pelbagai sukan lain terutama yang sudah bertaraf podium Olimpik dan Asia.

TMJ agak keterlaluan dalam mencela sokongan kewangan dari sumber politik seolah-olah ia rasuah. Sejak sekian lama, sumber kerajaan negeri dan pusat banyak membantu pembangunan sukan bola sepak.


Apakah sebelum TMJ menjadi Penaung Persatuan Bola Sepak Johor, semua sumber bantuan kerajaan negeri kepada pasukan Harimau Selatan berbaur politik dan membeli undi?

TMJ nampak cemerlang dalam pengurusan sukan. Itu bukti lima tahun terakhir ini. Tetapi lima tahun tidak sepatutnya menjadikan seorang putera raja yang baharu turun ke padang hijau berasa sebegitu sombong!

Tunggulah detik matang dalam membuktikan kehebatan diri. Tiga gelaran Juara Liga Super dan satu piala Kelab Asia Gred Dua tidaklah catatan rekod yang agung pun.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori