TENTUNYA peminat Britney Spears terkejut apabila mendapat perkhabaran mengenai kematian pelantun lagu Baby One More Time di laman sosial.
Lebih ‘menyakinkan’ lagi apabila berita kematian Britney dikongsikan oleh syarikat rakaman Sony Music menerusi akaun Twitternya.
Dengan kapsyen, “Britney Spears meninggal dunia dalam kemalangan! Kami akan memberi maklumat lanjut nanti #RIPBritney.”
Menerusi akaun Twitter Sony Music, terdapat satu lagi tweet yang menggunakan hashtag #RIPBritney dan ianya sekaligus mendapat perhatian daripada peminat penyanyi tersebut.
Bagaimanapun timbul keraguan peminat mengenai berita kematian tersebut kerana pada 2001 turut dilaporkan mengenai kematian Britney yang maut akibat terlibat dalam kemalangan dan nyata ia adalah palsu semata-mata.
Susulan kejadian itu, Sony Music bertindak pantas dengan memadam status tersebut dan menjelaskan akaun Twitter mereka digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.
“Sony Music meminta maaf kepada Britney Spears dan peminatnya atas segala kekeliruan.
“Britney masih hidup dan berada dalam keadaan baik,” kata pengurus Britney, Adam Leber yang dipetik dari CNN.
Berita palsu mengenai kematian selebriti bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini bintang tersohor seperti Michael Jordan, Jackie Chan dan Sylvester Stallone turut pernah menjadi mangsa pengodam. -MYNEWSHUB.CC