Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Covid-19: 19 Sekolah Di...

SHAH ALAM - Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula hari ini...

Diselar Bergincu Merah Menyala...

Australia - Plastik semata-mata. Itu yang berlaku kepada seorang model, Tara Moss apabila...

Seram… Tetamu Hotel Tak...

KEGEMBIRAAN dua pelancong yang sedang dalam bercuti bertukar menjadi seram apabila secara tidak...

Polis Buru Individu Panah...

LANGKAWI – Polis sedang memburu individu yang bertindak kejam membunuh seekor anjing dengan...

Isu Ulat: SPAD Mahu Penjelasan Uber, GrabCar

PETALING JAYA – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akui tindakan tegas boleh dikenakan terhadap pemandu syarikat aplikasi perkhidmatan e-hailing Uber dan GrabCar yang gagal mematuhi peraturan ketika beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, sehubungan itu, pihaknya akan mendapatkan penjelasan terperinci daripada kedua-dua syarikat terlibat.

Katanya, adalah menjadi kesalahan apabila pemandu yang berdaftar atau mengikat kontrak dengan kedua-dua syarikat itu melanggar sistem sebenar e-hailing.

“Kita akan hubungi Uber dan Grab kerana kita ada dapat laporan.

“Kita memandang serius perkara ini dan akan mengambil tindakan sewajarnya, tetapi kita perlu bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Beliau mengulas pendedahan mStar Online mengenai tindakan kelompok pemandu Uber/Grab yang sanggup bertukar status menjadi ‘ulat’ untuk mendapatkan penumpang di KLIA dan KLIA2 bagi mengaut untung bersih.

Portal berita ini telah menamakan kelompok pemandu ini sebagai ‘sesumpah’ bagi membezakannya dengan ‘ulat’ sedia ada, sesuai dengan sifat haiwan itu yang sering berubah-ubah mengikut persekitaran.

Menurut Syed Hamid, pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


“Kalau dia (pemandu) dah ambil dan bawa penumpang (ke KLIA) dia tak boleh menunggu di situ, itu bertentang dengan peraturan dan undang-undang di mana dia boleh diambil tindakan.

“Kalau kita masing-masing ambil ‘makanan’ orang lain, jadi ia menimbulkan masalah, salah faham dan boleh membawa kepada pergaduhan, dia sekat peluang rezeki orang lain,” katanya.

Berdasarkan tinjauan, kerakusan aktiviti ‘sesumpah’ ini, termasuk ulat sedia ada menjadi antara faktor pendapatan harian pemandu teksi KLIA terjejas kira-kira 50 peratus.

Syarikat Uber dan Grab juga dianggarkan ‘terlepas’ sejumlah komisen apabila pemandu mereka dengan pantas akan mematikan status sebagai pemandu yang sedang bertugas sebaik mendapat pelanggan, walaupun sebelum itu nama dua syarikat itu digunakan ‘memancing’ perhatian ‘mangsa’.

Sehingga berita ini disiarkan, Uber dan Grab masih belum memberikan sebarang komen atau tindak balas. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori