Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

3 Anggota ATM Diarah...

KUALA LUMPUR - Tiga anggota Pasukan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan...

Apple Menyenaraikan iPad Mini...

APPLE hari ini telah mengemaskini laman Apple Malaysia di mana mereka turut menyenaraikan...

Timbunan Sampah Cemari Sungai...

Johor Bahru: Sesudah tompokan buih putih hilang di Sungai Skudai, timbul pula isu...

Dollah Salleh Puji Semangat...

KUALA LUMPUR - Ketua Jurulatih Pahang Dollah Salleh memuji semangat berpasukan terbaik yang...

Staf HKL Perlu Tahap Kecergasan Tinggi Untuk Berkhidmat

KUALA LUMPUR – Pegawai dan staf Hospital Kuala Lumpur (HKL) perlu mempunyai tahap kecergasan yang tinggi dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Pengerusi program ‘Fitness Awareness Week 2016’ Dr Khairullina Khalid yang juga Pakar Perubatan Sukan, Jabatan Ortopedik dan Traumatologi HKL berkata tahap kecergasan dapat dipertingkatkan melalui aktiviti ringan seperti menggunakan tangga dan berjalan 1,000 langkah.

“Sekiranya mereka mempunyai tahap kecergasan yang tinggi, kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan selain menjamin kualiti hidup lebih baik.

“Aktiviti sukan bukan hanya boleh dilakukan di tempat rekreasi malah boleh dilakukan di tempat duduk kita sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Program ‘Fitness Awareness Week 2016’ anjuran Jabatan Ortopedik HKL di sini, hari ini.

Mengulas mengenai program itu, beliau berkata ia diadakan bagi meneliti tahap kecergasan staf di hospital berkenaan.


“Kami menyasarkan semua staf di HKL ini dan juga masyarakat di sekitar HKL untuk mengambil peluang untuk mendapat manfaat daripada program yang dianjurkan ini,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pencarian “Mr and Mrs Fitness”, forum bersama selebriti sukan seperti Sazali Samad dan Muhammad Ziyad Zolkefli, ujian kecergasan, pameran dan jualan.

Program dengan tema ‘Keeping Fit Is Awesome’ itu dijalankan tiga hari bermula semalam di sekitar Unit Rawatan Harian, HKL. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori