TAIPING – Pemilik stor yang menyimpan pelbagai jenis tayar di kawasan perusahaan Kamunting di sini mendakwa mengalami kerugian RM10 juta selepas stor berkenaan terbakar petang semalam.
Pemilik syarikat Everthrough Rubber Products Sdn Bhd, Johnny Ng berkata kerugian itu dialami berikutan kebakaran di stor berkenaan membabitkan kemusnahan 75 peratus.
“Saya masih belum mendapatkan maklu mat mengenai punca kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah berkata ketika ini api masih belum padam sepenuhnya memandangkan bahan terbakar adalah daripada getah.
“Masih belum ada bukti perbuatan jenayah dalam kebakaran itu,” katanya dalam kenyataan. – BERNAMA