GARA-GARA gelojoh memuat naik video luahannya mengenai masalah krisis air, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat malu besar apabila terkongsi imej memperlihatkan dirinya separuh bogel di laman Facebook, pada Selasa lalu.
Jamal dilihat tanpa sengaja terakam imej separuh bogelnya menerusi pantulan cermin pili air dalam tandasnya.
Video berdurasi 34 saat itu lantas menarik perhatian rakyat Malaysia, hingga menjadi viral di media sosial.
Menerusi video itu, Jamal tanpa baju meluahkan masalah ketiadaan air di rumahnya di dalam sebuah bilik air.
Selain itu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ini turut mendakwa dia tidak dapat mandi gara-gara masalah krisis air itu.
“Nak keluar pagi mandi pun tak boleh,air pun takda…gampang menteri besar selangor Azmin Ali, mangkuk ayun betul..selalu macam ni..pagi tak mandi…pagi tak mandi,” katanya.
Akibat berkongsi video itu, Jamal teruk dikecam dan dikritik rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, Jamal dilihat tidak memadam video yang dimuat naik itu. – MYNEWSHUB.CC