SEORANG suami yang kecewa kerana isterinya enggan melayan tuntutan batinnya sejak sedekad lalu, telah mengambil jalan pintas, dengan memotong alat sulitnya.
Ghasi Ram, 37, dari Uttar Pradesh, berbuat demikian kerana sudah hilang sabar dengan isterinya, Manjhri Devi, 34.
Selepas pulang dalam keadaan mabuk dan apabila keinginannya itu ditolak oleh Manjhri, Ghasi telah memotong alat sulitnya itu sebelum rebah ke lantai.
Ia menyebabkan isterinya terpaksa menjerit meminta tolong. Doktor juga terpaksa dipanggil bagi merawat lelaki itu.
Manjhri bagaimanapun menolak dakwaan suaminya itu. Mereka telah berkahwin selama 18 tahun dan mempunyai tiga anak.
“Dia selalu balik rumah dalam keadaan mabuk dan tidak pernah mendengar cakap saya atau menjaga saya.
“Saya menolaknya kerana dia mabuk dan saya sangat marah dengannya. Kini dia mahu menyalahkan saya walaupun saya tidak melakukan apa-apa yang salah,’’ katanya.
Manakala Ghasi pula ketika memberitahu wartawan berkata;
“Dia enggan bermesra dengan saya. Dia akan duduk jauh dan sering menolak tuntutan batin saya,’’ katanya.
Kes berkenaan bagaimanapun tidak dilaporkan kepada polis. – MYNEWSHUB.CC