Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2 Maut Dalam Kemalangan...

BINTULU - Dua maut manakala seorang cedera apabila pemandu gagal mengawal kenderaan...

DUN Sarawak: Enam ADUN...

KUCHING : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada blok parti pembangkang turut mengangkat...

Astro Sasar 3 Juta...

KUALA LUMPUR - Astro Malaysia Holdings Bhd sasar tiga juta isi rumah dalam...

Sultan Selangor Puji Langkah...

SERDANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah memuji langkah diambil Universiti...

Sultan Muhammad V Tidak Kekok Dampingi Rakyat

KUALA LUMPUR – Sultan Muhammad V yang diisytihar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 hari ini merupakan seorang Raja yang tinggi budi pekerti dan tidak kekok untuk berdampingan dengan rakyat jelata.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sepanjang mengenali baginda, Sultan Muhammad V mempunyai personaliti serta gaya penampilan sederhana, menjadikan baginda sangat dekat di hati rakyat Kelantan.

“Antara pengalaman saya sendiri (melihat keperibadian baginda) ketika hadir majlis berbuka puasa dan menunaikan solat Tarawih di beberapa masjid pada bulan Ramadan, baginda tidak kekok untuk bersama penduduk setempat.

“Keperibadian baginda mendekatkan baginda dengan rakyat tanpa sebarang protokol, kualiti itu sering diingati rakyat,” katanya kepada Bernama untuk menyampaikan sembah setinggi-tinggi tahniah kepada baginda yang mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong hari ini.

Sultan Muhammad V, 47, melafazkan sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh istiadat di Balairong Seri, Istana Negara hari ini.

Putera sulung Sultan Ismail Petra, yang diputerakan sebagai Tengku Muhammad Faris Petra, menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Bercerita lanjut, anggota Parlimen Jeli itu mengakui secara peribadi beliau amat menyanjungi keperibadian Sultan Muhammad V yang peramah dan senang didekati selain mempunyai rasa belas kasihan yang tinggi terhadap rakyat di Kelantan.


Sifat cakna Seri Paduka jelas terbukti ketika bencana banjir besar melanda Kelantan pada 2014, di mana baginda sering dilihat turun sendiri ke lokasi kejadian dan melawat rakyat di pusat-pusat pemindahan, kata Mustapa yang juga Ketua Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Dalam pada itu, Mustapa yang merupakan menteri pengiring pada istiadat keberangkatan tiba Seri Paduka hari ini yakin pengalaman sebagai Tengku Mahkota dan Sultan Kelantan, melengkapkan pakej Sultan Muhammad V untuk menggalas tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

“Saya pasti pengalaman baginda akan mendatangkan faedah kepada baginda. Baginda berjaya mentadbir Kelantan yang majoriti rakyatnya beragama Islam. Namun semua lapisan masyarakat termasuk Cina, India dan Siam hidup aman damai,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori