Wednesday, January 8, 2025

Creating liberating content

Jawatankuasa Khas Ditubuhkan Kaji...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji semula laporan yang...

Bukti Penyatuan Ummah Berkesan...

GOMBAK - Kesanggupan masyarakat Kampung Memali, Baling kembali menjalinkan hubungan persaudaraan dengan jiran-jiran...

Video: Sempoi, Cara Kupas...

Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa yang meraikan pelbagai perayaan. Salah satunya adalah...

Ikan Lumba Mati Selepas...

SEEKOR anak ikan lumba-lumba mati selepas sekumpulan pelancong mengangkatnya dari dalam air semata-mata...

Sultan Pahang Mahu Umat Islam Mantapkan Ukhuwah

KUANTAN – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini bertitah menyeru umat Islam khususnya di negeri ini supaya memantapkan ukhuwah untuk mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.

Baginda bertitah tindakan itu penting kerana dengan hanya kesatuan dan perpaduan jitu, umat Islam akan menjadi umat yang kuat, cemerlang dan dihormati.

“Bersempena sambutan Maulidur Rasul hari ini, marilah sama-sama kita menghayati dan mencontohi ketabahan dan kesungguhan baginda (Nabi Muhammad S.A.W) dan para sahabat menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat,” titah baginda.

Teks titah ucapan baginda dibacakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah bagi mewakili Sultan Ahmad Shah berkenan menyempurnakan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah bertitah penyatuan ummah amat penting untuk mengelak perpecahan dalam masyarakat berikutan pada masa ini umat Islam berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

Baginda bertitah umat Islam sewajarnya mengikuti pendekatan Nabi Muhammad S.A.W dalam mengamalkan dan mengaplikasikan ajaran Islam dalam kehidupan seharian demi menuju kejayaan di dunia dan akhirat.


“Marilah sama-sama kita menterjemahkan mesej di sebalik sambutan Maulidur Rasul ini dan tidak melihat ia sebagai satu penganjuran tahunan bagi kebesaran Islam semata-mata.

“Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung pada alam semesta ini. Oleh itu, marilah kita mengambil iktibar daripada sambutan Maulidur Rasul ini dengan kembali menghayati ajaran Islam dan mencontohi keperibadian, semangat dan daya juang serta akhlak baginda (Nabi Muhammad S.A.W),” titah baginda.

Sultan Ahmad Shah bertitah diharapkan dengan penghayatan itu akan mengukuhkan lagi kesatuan serta kekuatan umat Islam bagi menghadapi pelbagai cabaran dan menjayakan program transformasi negara ini seterusnya memartabatkan lagi Islam pada mercu kegemilangan.

Empat individu menerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat negeri tahun ini iaitu Penerbit Rancangan RTM Pahang Adnan Majid dan pesara kerajaan Doud@Daud Talib serta Mat Ali@Ibrahim Rasu dan guru agama Liman Mat.

Yayasan Pahang turut menerima Anugerah Inovasi Maulidur Rasul (Tafaqquh Fiddin Negeri Pahang Darul Makmur) pada majlis sambutan berkenaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori