Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Perhimpunan Agung UMNO 2019...

KUALA LUMPUR - Perasmian Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 hari ini mencatat sejarah...

Kemelut FGV Kepentingan Syarikat,...

JOHOR BAHRU - Kemelut Felda Global Holdings Bhd (FGV) perlu diselesaikan segera bukan...

Zaid Bakal Dilantik DAP...

BONGKAR... DAP didakwa merancang 'angkat' Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor baharu...

Hina ATM: Yew Yin...

IPOH - Ahli perniagaan, Koon Yew Yin hadir ke Balai Polis Jelapang di...

Sweden ‘Buka’ Kedai Bakeri Mini Khas Untuk Tikus

SALAH sebuah bandar di Sweden iaitu Malmo cuba mencari kelainan dalam landskap hiasan pada bangunannya apabila mewujudkan miniature shop khas untuk tikus.

Kedai bersaiz kecil yang ‘menjual’ roti, keju dan keropok yang saiznya hanya untuk tikus boleh dilihat di kawasan kejiranan Mollevangen.

Idea kedai khas untuk tikus itu diilhamkan oleh sekumpulan artis seni yang menggelarkan diri mereka sebagai Anonymouse MMX.

Sweden 'Buka' Mini Bakery Khas Untuk Tikus

Sweden 'Buka' Mini Bakery Khas Untuk Tikus

“Ia terlalu menarik untuk membayangkan dunia di mana tikus hidup selari dengan kita,” kata seorang wakil kumpulan artis Anonymouse MMX, yang enggan dikenali kepada laman Huffington Post.


Tambah kumpulan itu lagi, idea tersebut sebenarnya diinspirasikan dari karya Don Bluntg, Disney dan Astrid Lindgren.  Mereka turut merancang untuk menambahkan lagi koleksi kedai-kedai bersaiz kecil itu di masa hadapan.

“Binaan gerai-gerai berkenaan adalah benda yang berada di sekitar dan yang dikumpul seperti topi, mancis, butang, penutup tin dan lain-lain,” kata seorang ahli kumpulan itu .

Meskipun kedai tersebut hanyalah olok-olok sahaja namun ianya mempunyai peminatnya yang tersendiri dan ramai telah bercerita mengenainya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori