GARA-GARA tidak memperoleh sijil cuti sakit (MC) di sebuah klinik, seorang pesakit dikatakan bertindak berang dengan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Pendek kata ‘meroyan’.
Memetik laman Facebook The Dressar & Co. pesakit berkenaan mendakwa mengalami sakit cirit birit. Namun, ketika dia meminta MC daripada pihak klinik, doktor pun meminta ‘bukti’ daripadanya.
Disebabkan itu, pesakit berkenaan tiba-tiba bertindak mengoyakkan kad pesakit dan juga slip preskripsi di hadapan staf klinik berkenaan. Marahlah tu sebab gagal dapat MC, kan!
“Dia datang dia cakap cirit-birit. Kita dah prescribed ubat ape semua. Pastu dia mintak MC. Kita pun suruh lah dia ambil spesimen stool, untuk buktikan dia memang cirit birit dan tak layak bekerja.
“Sekali dia ambil kad pesakit, dengan prescription slip sekali, dia koyak kan depan muka staf klinik dan buang atas lantai sebagai tanda protes kepada doktor,” itulah yang dikongsi laman The Dressar & Co.
Sikap biadap sedemikian memang mengakibatkan doktor atau staf klinik mana sahaja akan terkejut, sudahlah ada niat untuk mendapatkan MC secara mudah, tidak mahu pula melakukan ujian normal yang diminta oleh doktor.
Sebagai jalan pintas, rosakkan segalanya dengan sikap seperti gangster itu. Bak kata orang jika berada di tempat yang benar, mengapa perlu melenting dan takut? – MYNEWSHUB.CC
*Video sekadar hiasan