Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

UMNO, BN Johor Ikut...

PONTIAN: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Johor akan melakukan perubahan, termasuk meletakkan calon...

Pulau Pinang Tunggu Keputusan...

Georgetown : Kerajaan Pulau Pinang masih menunggu keputusan laporan penilaian Impak Alam Sekitar...

Dakwaan Muhyiddin BN Akan...

ALOR SETAR - Dakwaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin...

DRB HICOM-Geely Pacu Proton...

KUALA LUMPUR - Perkongsian DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd,...

Tanah Rata Cameron Highlands Dilanda Banjir Kilat

IPOH – Hujan tanpa henti yang kadang kala lebat sejak pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan di Tanah Rata, Cameron Highlands dilanda banjir kilat termasuk di kawasan perumahan polis di Jalan Masjid.

Polis Daerah Cameron Highlands menerusi kenyataan di laman Facebook menyatakan hujan lebat itu mengakibatkan air Sungai Bertam melimpahi tebing dan memasuki kawasan kuarters itu.

Menurut kenyataan itu air mula surut sepenuhnya kira-kira 5 petang tadi dan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh anggota dan penghuni perumahan itu.

Namun, lif kawasan perumahan itu tidak dapat digunakan akibat dimasuki air.

Difahamkan kawasan lain yang turut terjejas dengan banjir kilat itu adalah kuarters kakitangan kerajaan Jalan Masjid dan Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands.


Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhamad Haziq Hazmi memberitahu bahawa hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh dan pokok tumbang di Jalan Tapah-Tanah Rata dekat Bharat Tea Baru.

“Runtuhan itu menyebabkan lalu lintas terhalang…tiada mangsa yang terlibat.

“Kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan dengan melibatkan Tenaga Nasional Bhd untuk kerja-kerja elektrik. Kini hanya satu lorong boleh dilalui (di kawasan itu),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori