Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Aktiviti Daki Gunung Kinabalu...

KUNDASANG - Aktiviti mendaki Gunung Kinabalu dijangka dibuka semula pada awal September ini,...

Rousseff Kekal Presiden Brazil...

RIO DE JANEIRO - Presiden Dilma Rousseff berjaya mempertahankan jawatannya bagi penggal kedua...

Agenda Pembangunan Sabah, Bela...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah akan terus mempergiat agenda pembangunan memajukan negeri...

Lebih Sejuta Gelen Minyak...

WASHINGTON: Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) kelmarin memaklumkan mereka masih mencari sumber kebocoran...

Tangkapan Militan Daesh Bukti Perisikan Polis Berkesan

KOTA KINABALU – Tangkapan terhadap individu yang terlibat dalam kumpulan militan Daesh, khususnya di Sabah, adalah bukti perisikan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkesan dalam menangani aktiviti keganasan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun.

“Ini menunjukkan pasukan PDRM sentiasa prihatin terhadap keselamatan negeri Sabah dan kesejahteraan rakyatnya. Hasil daripada perisikan yang bagus…saya panggil ‘predictive intelligence’, jadi tangkapan dapat dilakukan.

“Polis sentiasa menjalankan tugas mereka demi memastikan keselamatan negara ini terus terjamin,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan rasmi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain @ Abd Rasid dan Ketua Polis IPD Kota Kinabalu ACP M. Chandra.

Abdul Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan pasukan polis menahan individu terlibat kegiatan Daesh di seluruh negara termasuk Sabah.

Semalam, seramai tujuh lelaki termasuk empat warga asing yang dipercayai terlibat dengan aktiviti keganasan ditahan di beberapa lokasi dalam operasi di sekitar Johor, Sabah, Melaka dan Selangor antara 3 Nov hingga 16 Dis lepas.

Seorang daripada individu terbabit, yang merupakan pekerja kilang perabot berusia 35 tahun, ditahan di Kota Kinabalu pada 16 Nov kerana disyaki menganggotai sel Daesh di Sabah.


Dalam perkembangan lain, Abdul Rashid berkata, pihaknya mengesahkan Abraham @Ibrahim Hamid, seorang daripada tiga yang ditembak mati dalam kejadian tembak-menembak dengan pasukan keselamatan di perairan Semporna pada 8 Dis lalu adalah bekas anggota kumpulan Abu Sayyaf.

Abdul Rashid berkata Abraham@Ibrahim memang ada terlibat dalam beberapa kes penculikan untuk tebusan di pantai timur Sabah.

“Sebelum peristiwa pada 8 Dis, dia (Abraham@Ibrahim) aktif membuat kes-kes culik untuk tebusan,” katanya.

Pada 8 Dis lepas, kira-kira 9.51 malam, tiga penculik termasuk Abraham@ Ibrahim ditembak mati dalam kejadian tembak-menembak dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) di perairan Pulau Gaya di Semporna, manakala dua lagi penculik diberkas dan dua lagi diburu.

Dalam pada itu, Abdul Rashid berkata, pasukan polis akan terus mempertingkat kawalan dan kesiapsiagaan bagi mempertahan kedaulatan dan keselamatan negara, khususnya di Sabah, dengan kerjasama agensi keselamatan lain. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori