Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5,000 Pindah Bimbang Empangan...

BOGOTA - Colombia mengarahkan hampir 5,000 penduduk di sepanjang sungai Cauca di utara...

Saman Najib: Bekas Ketua...

PUTRAJAYA - Bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim hari...

TMJ Ucap Terima Kasih,...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan terima...

Selamat Kerana Tengok Filem...

Beijing - Seorang remaja mendakwa berjaya meloloskan diri dari sekumpulan penculik walaupun tangan...

Taufan Nock-Ten Badai Filipina

LIGAO, Filipina – Sekurang-kurangnya tiga terkorban dalam bencana taufan Nock-Ten yang membawa ancaman hujan lebat dan angin kencang ke kawasan padat penduduk sekitar ibu kota Filipina ketika ia bergerak merentasi gugusan itu semalam, menurut pihak berkuasa.

Taufan Nock-Ten yang tiba di timur pulau dekat wilayah Cataduanes kelmarin, diramal bergerak ke barat menuju ke ibu kota negara itu dengan membawa angin selaju 215 kilometer sejam.

“Sepasang suami isteri dilaporkan maut akibat banjir manakala seorang warga emas dihempap dinding yang runtuh,” kata gabenor Albay di wilayah timur, Al Bachara kepada stesen penyiar tempatan.

Lebih daripada 383,000 orang terpaksa meninggalkan rumah manakala lebih 80 penerbangan dalam dan luar negara dibatalkan, menurut seorang pegawai pertahanan awam.


Lebih 20 taufan dan ribut melanda Filipina setiap tahun membunuh ratusan penduduk, dan Bicol lazimnya menjadi rantau pertama dilanda bencana itu.

Pada November 2013, Gelombang tsunami besar memusnahkan bandar Tacloban dan kawasan berdekatan apabila taufan Haiyan membadai tengah Filipina menyebabkan lebih 7,350 orang terkorban atau hilang. – Agensi/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori