Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

‘Saya Sering Hubungi Zila...

PESERTA Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Zarol memberitahu sering berhubung dengan bekas isteri pelawak...

Gaji Dipotong Keluar Awal...

HUKUMAN... Gara-gara sering meninggalkan pejabat tiga minit lebih awal untuk makan tengah hari,...

Arsenal Tunggu Chelsea Buat...

LONDON - Arsene Wenger berkata Arsenal perlu berada dalam keadaan terbaik sehingga penghujung...

UAE Gempar Pembunuhan Kanak-Kanak...

SEORANG kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang daripada rumahnya di Sharjah, Emiriyah Arab Bersatu,...

Tekad Rawat Mangsa Walau Berdepan Gempa Susulan

SEPANG – Misi Bantuan Kemanusiaan Badan Kebajikan UMNO (BKUM) berjaya merawat lebih 300 mangsa gempa bumi di Aceh biarpun mengalami detik cemas apabila berlaku empat gegaran susulan sejak mereka tiba di Pidie Jaya pada 14 Disember lepas.

Timbalan Ketua Briged Bantuan Bencana BKUM, Mohd Shoubli Jamal ketika ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dari Banda Aceh hari ini, berkata briged berkenaan memberi rawatan kepada mangsa gempa bumi di sebuah klinik bergerak yang beroperasi di Masjid Agung Meureudu di daerah Pidie Jaya, Aceh.

“Gegaran susulan pertama berlaku pada hari pertama kumpulan kami tiba di Aceh. Ketika itu angggota rombongan sedang mengeluarkan ubat yang dibawa dari Malaysia di Hospital Pidie Jaya.

“Tiba-tiba kami terlihat kesemua petugas hospital berlari keluar dalam keadaan ketakutan sambil mendakwa berlaku gegaran dan terdengar bunyi dinding hospital retak,” katanya lagi.

Mohd Shoubli menjelaskan, selepas menyerahkan bekalan ubat yang dibawa kepada Hospital Pidie Jaya, rombongan briged bencana BKUM yang terdiri daripada 26 orang iaitu lima doktor, empat paramedik, enam kaunselor, lima sukarelawan dan enam wakil media bergerak ke Masjid Agung Meureudu untuk membuka klinik bergerak di situ.

“Mangsa gempa bumi yang mendapatkan rawatan di mobile clinic BKUM kebanyakannya mengalami tekanan darah tinggi, alergi dan trauma. Sukarelawan BKUM turut mengajak kanak-kanak bermain beberapa jenis permainan bagi mengurangkan trauma yang dialami,” katanya.


Mohd Shoubli berkata pihaknya difahamkan mangsa gempa bumi yang berlindung di khemah akan pulang ke rumah masing-masing selepas 20 Dis kerana bantuan daripada pihak asing akan ditutup bagi membolehkan pihak berkuasa Aceh memberi tumpuan kepada proses membangunkan semula kawasan yang terjejas akibat gempa bumi.

Oleh itu, jelas Mohd Shoubli, persoalan sama ada BKUM akan menghantar sukarelawan lagi ke Aceh selepas ini akan bergantung kepada kebenaran pihak berkuasa Indonesia.

Lebih 100 nyawa terkorban, 1,000 dilaporkan cedera manakala 45,329 berlindung di khemah apabila gempa bumi berukuran 6.4 Skala Richter berlaku pada pagi 7 Disember di Pidiejaya, Aceh, mengakibatkan kerosakan harta awam, bangunan pejabat, masjid dan pusat perniagaan.

Bencana berkenaan disifatkan yang kedua terburuk di Aceh selepas tragedi tsunami 2004 yang meragut lebih 100,000 nyawa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori