Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Jerebu Tak Jejaskan Aktiviti...

JOHOR BAHRU - Keadaan berjerebu yang teruk sejak Khamis lepas tidak menjejaskan aktiviti...

Kedah Arah SADA Lantik...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengarahkan Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk melantik...

Wanita UMNO Pegang 4...

KUALA LUMPUR – Semangat ‘Perang Mesti Menang’ Wanita UMNO jelas terpancar pada hari...

2 Isteri Subahat Bantu...

Surat, India - Seorang bomoh ditangkap polis kerana disyaki merogol pesakit dengan bantuan...

Teman Serumah Guna Berus Gigi Untuk Berus Alat Sulitnya

BAGAIKAN mimpi ngeri dan itulah yang dialami oleh Sarah dan kekasihnya apabila mereka mendapat rakan serumah yang berperangai seperti ‘syaitan’.

Menurut Sarah, 28, yang berasal dari New Zealand, dia dan teman lelakinya mencari rakan serumah melalui laman sesawang Trade Me dan telah berjaya mendapat sepasang kekasih, yang mahu menyewa di rumah yang mereka diami itu.

Namun selepas beberapa bulan menetap bersama, mereka mendapati barang-barang mereka dialihkan ke tempat lain dan Sarah juga mengesyaki rakan serumah wanita itu menggunakan produk kecantikannya.

“Apabila anda mendapati rambut perang milik teman serumah anda di dalam laci….tentulah anda tertanya-tanya mengenainya,’’ kata Sarah.

Bagaimanapun wanita itu menafikan dia menggunakan barangan Sarah.

Sarah dan kekasihnya kemudian meletakkan kasut di belakang pintu sebelum keluar dan setiap hari kasut itu beralih, menandakan ada orang memasuki bilik mereka.

Sarah kemudiannya memasang kamera CCTV dan mengejutkan bukan sahaja mereka mendapati wanita itu menggunakan barang Sarah malah lebih menjijikkan ialah apabila pasangan kepada wanita tersebut memasuki bilik air mereka dan kemudiannya melondehkan seluarnya.


Lelaki itu kemudiannya memberus alat sulitnya dengan menggunakan berus gigi Sarah dan kekasihnya.

“Saya tidak percaya apabila teman lelaki saya memaklumkan mengenainya…kenapa mereka melakukannya. Kami tidak melakukan apa-apa…saya menangis,’’ kata Sarah.

Mereka kemudiannya bersemuka dengan teman serumah itu dan menunjukkan rakaman video terbabit. Sarah juga mengugut untuk melaporkan kepada polis.

Keesokannya Sarah dan kekasihnya, membeli berus gigi baru dan berpindah dari rumah tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori