Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

“Saya Umum 2 Hari...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada...

Pembunuhan Karakter Membunuh Bangsa

KUALA LUMPUR – Perdebatan yang dibuat dalam konteks menegakkan bangsa perlu dilakukan dalam...

Delph Dipilih Jadi Kapten...

LONDON - Fabian Delph telah dipilih sebagai kapten England untuk aksi persahabatan pasukan...

Faizal Harap Golongan Muda...

BANGI: Golongan muda yang mendapat peluang mengundi menerusi pelaksanaan Undi18, diminta untuk menggunakan...

Tempoh Penjara Lebih Lama Bagi Kesalahan Keganasan

KUALA LUMPUR – Dalam kajian semula kes-kes keganasan, Mahkamah Rayuan telah memberi isyarat bahawa tiada tolak ansur akan diberi terhadap anggota dan penyokong pergerakan kumpulan militan atau Daesh.

Bermula 2016, ia telah meningkatkan lagi hukuman bagi individu yang menghulurkan bantuan kepada kumpulan militan.

Kes terbaru yang dikaji semula mahkamah membabitkan seorang tukang rumah berusia 38 tahun, Muhammad Kasyfullah Kassim, yang dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana menyokong militan Daesh di Syria.

Mahkamah Rayuan pada 10 Ogos meningkatkan hukuman penjara hingga 12 tahun.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi, yang mengetuai panel tiga hakim berkata: “Kami sebulat suara bersetuju dengan pihak pendakwaan, hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak memadai bagi kesalahan serius seperti itu.

Bagi penyokong Daesh yang lain mendapat hukuman lebih teruk.

Pada 21 Jun, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Wira Mohtaruddin Baki meningkatkan tempoh penjara perunding kewangan Rohaimi Abd Rahim, 39, dan pengurus kafe Muhamad Fauzi Misrak, 37, yang disabitkan kesalahan mengumpul dana bagi manfaat Daesh, daripada tiga tahun kepada 15 tahun.

Pada 25 April, Hakim Mohtaruddin, yang mengetuai panel tiga hakim, meningkatkan tempoh penjara pengusaha ladang kelapa sawit Muamar Gadaffi Mohamad Shafawi, 32, daripada lima tahun kepada 15 tahun kerana memberi latihan militan kepada individu yang ingin menyertai aktiviti pengganas.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur turut menggunakan justifikasi yang sama, seperti yang dibuktikan terhadap Koperal polis wanita, Jusninawati Abdul Gani, 35, yang dihukum penjara tujuh tahun kerana tidak memberikan maklumat berkaitan kumpulan pengganas kepada pihak berkuasa.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan menjatuhkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 130M Kanun Keseksaan.

Dalam kes pencerobohan di Lahad Datu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 26 Julai menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap sembilan warga Filipina selepas didapati bersalah melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara telah memfailkan rayuan memohon tertuduh dikenakan hukuman mati.

Kes yang mendapat perhatian ramai adalah kes Anggota Parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli yang didakwa mengikut Akta Rahsia Rasmi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau didapati bersalah pada 14 Nov dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan kerana memiliki dan mendedahkan dokumen sulit kerajaan mengenai laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Ini bermakna Mohd Rafizi tidak boleh bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, sekiranya Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat kerana di bawah Perlembagaan Persekutuan seseorang yang telah disabitkan kesalahan dan dihukum denda RM2,000 atau penjara lebih setahun maka dia tidak boleh menjadi calon.

Bagaimanapun Mohd Rafizi masih kekal sebagai Anggota Parlimen Pandan dan kedudukan beliau seterusnya akan diketahui selepas proses rayuan beliau selesai sepenuhnya.

Mahkamah juga banyak mengendalikan kes-kes yang dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang berjaya membongkar kes-kes ‘besar’.

Pada 31 Mac, Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Otman Arsahd, 57, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas 32 pertuduhan salah guna kedudukan dan mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai RM38.4 juta.

Pada 7 Sept, Pengarah Urusan Bank Rakyat Datuk Mustafha Abd Razak, 48, dan pengerusi bank itu, Tan Sri Abdul Aziz Zainal, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan melakukan pecah amanah dan bersubahat membabitkan peruntukan kumpulan perbelanjaan pemasaran berjumlah RM14,991,283.20 juta.

Satu lagi kes yang mendapat liputan muka depan akhbar membabitkan kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon yang didakwa terhadap tuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran. Mahkamah Tinggi menetapkan 34 hari untuk perbicaraan kes itu pada 2017.

Pada 5 Dis, bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal untuk memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah Rayuan Syariah menolak rayuan dan semakan Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang menolak permohonannya bagi memulakan prosiding qazaf.

Mahkamah Rayuan Syariah dalam keputusannya berkata di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, liwat tidak tergolong dalam pertuduhan qazaf.

Mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Pada 14 Dis, Mahkamah Persekutuan menolak usaha terakhir Anwar untuk mengetepikan sabitan meliwat dan hukuman penjara lima tahun ke atas beliau kerana meliwat Mohd Saiful selepas memutuskan permohonan Anwar tidak mempunyai merit dan bukan kes yang layak untuk disemak semula oleh mahkamah.

Dengan penghakiman itu, Anwar akan kekal di Penjara Sungai Buloh untuk menjalani hukuman. Beliau telah dipenjara hampir satu tahun dan 10 bulan dan dijangka dibebaskan pada Jun 2018.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori