Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Trump Enggan Dengar Pita...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau enggan mendengar satu...

SPRM Kedah Tahan 76...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Kedah menahan 76 individu...

Saddam Hussein Masih Lagi...

BAGHDAD - Kerajaan Iraq mengarahkan aset milik lebih 4,200 bekas pegawai Presiden Saddam...

Lawak.. Pelanggan Cuba Troll...

Sesiapa yang ingin bekerja dalam bidang khidmat pelanggan, ciri utama paling diperlukan adalah...

‘Terpaksa Curi Makanan Sebab Tak Cukup Duit’

ADA orang mencuri untuk melampiaskan nafsu dan kehendak peribadi yang bertuhankan duniawi namun ada juga yang sanggup mencuri atas faktor desakan hidup dan kemiskinan.

Meskipun tujuan dan niatnya adalah baik, iaitu demi menanggung keluarga tetapi perbuatan mencuri bukanlah satu hal yang dibenarkan dalam Islam.

Hukumnya tetap haram dan berdosa besar. Sesungguhnya konsep ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ ini tidak pernah ada dalam kamus Islam.

Bercakap mengenainya, seorang bapa kepada tiga anak telah ditangkap kerana mencuri makanan dan keperluan persekolahan anaknya di sebuah pasar raya di Taman Bukit Indah, Johor Bahru, semalam.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang merupakan seorang tukang masak berusia 31 tahun ditahan pengawal keselamatan selepas didapati gagal mengemukakan resit pembayaran barangan berjumlah RM415.06.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad, lelaki itu gagal mengemukakan resit pembelian apabila diminta pengawal keselamatan sebelum dibawa kepada pihak pengurusan.

Dia bersama anak lelaki sulungnya yang berusia tiga tahun, ditangkap ketika hendak berjalan keluar daripada pasar raya berkenaan.


“Suspek didapati tidak mempunyai resit pembelian dan mengambil barangan tanpa membuat sebarang bayaran,” katanya dipetik Harian Metro.

“Antara barangan yang dicuri adalah terdiri daripada makanan sejuk beku, ais krim, gula-gula, kasut, kapur kasut, stokin, baju-T dan seluar trek yang kesemunya bernilai RM415.06,” tambahnya.

Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar barangan makanan terbabit memandangkan perlu membeli pakaian sekolah anaknya.

Lelaki itu kini disiasat lanjut mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan kini dibebaskan dengan jaminan polis. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori