Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Penganggur Ditahan Miliki Ganja...

MIRI – Polis menahan seorang penganggur kerana memiliki dadah jenis ganja bernilai RM12,000...

Wujud Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk mewujudkan Suruhanjaya Perkhidmatan...

Rompak Guna Pistol Mainan,...

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pekerja kedai runcit menangis teresak-esak selepas dijatuhi hukuman...

Anwar: PKR Fail Permohonan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan permohonan kepada Kumpulan Kerja Pertubuhan...

Tesco Tawar Barangan Keperluan Menerusi Baucar Syiok

KUALA LUMPUR – Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd, penerima anugerah Peruncit Paling Dikunjungi Di Malaysia 2016, menawarkan promosi bagi barangan keperluan menerusi baucar Syiok mulai 29 Dis hingga 14 Jan 2017.

Pengarah Pelanggannya, Vivian Yap dalam satu kenyataan berkata pasar raya besar itu berusaha untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pembeli di Malaysia dengan mendengar pandangan dan keperluan mereka serta memahami kesan tekanan ekonomi sekarang ke atas keluarga.

“Kami amat memahami bagaimana semua keluarga berusaha mengatur belanjawan mereka sebaik mungkin, terutamanya semasa membeli keperluan anak-anak kembali bersekolah, seterusnya diikuti dengan sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi,” katanya.

Awal tahun ini, Tesco melancarkan kempen potongan harga jangka panjang menerusi pelaburan besar-besaran berjumlah sehingga RM90 juta.

Kempen ini dilaksanakan dalam tiga fasa yang menumpukan pada produk bayi bagi fasa pertama, barangan keperluan memasak dan penyediaan membuat kek, biskut dan pastri. Baru-baru ini ia diperluaskan pula kepada kategori barangan kesihatan, kecantikan dan aksesori.


Pasar raya besar itu baru-baru ini menerima anugerah daripada KANTAR Worldpanel, pakar global dalam tingkah laku pembeli.

Kajian tersebut dijalankan berdasarkan tingkah laku pembelian seramai 2,500 ahli panel yang mewakili keseluruhan isi rumah penduduk di Semenanjung Malaysia meliputi 126 kategori barang runcit yang tidak termasuk makanan segar, alkohol dan rokok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori