Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tragedi Tahfiz: 6 Suspek...

KUALA LUMPUR - Enam remaja yang disyaki menyebabkan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran...

Suntik Bibir? Ernie Zakri...

PENYANYI Ernie Zakri menyifatkan dakwaan kononnya dia melakukan suntikan pada bahagian bibir untuk...

Perbadanan Stadium Kedah Lawat...

KUALA LUMPUR - Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor...

Lebuh Raya Tanpa Tol...

BALI - Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan,...

Thailand Haramkan Pelekat Kereta Papar Imej Hantu

BANGKOK – Pihak berkuasa Thailand mengharamkan penggunaan pelekat cermin hantu pada kenderaan kerana bimbang ia menakutkan pemandu, lapor Bangkokpost.

Pelekat itu yang dilekat di cermin belakang kenderaan mencetuskan perdebatan di media sosial kerana bimbang ia menakutkan pemandu sekaligus boleh menyebabkan kemalangan.

Imej hantu itu tidak kelihatan pada waktu siang tetapi muncul pada waktu malam apabila disuluh lampu kenderaan belakang.

Pelekat yang amat popular di China itu memaparkan imej zombi dan hantu lain termasuk pontianak bagi mengatasi masalah pemandu yang suka menggunakan lampu tinggi pada waktu malam.

hantu4

Jabatan Pengangkutan Darat Thailand dalam satu kenyataan semalam memberi amaran, pelekat itu berisiko membahayakan pemandu lain.


Walaupun tiada lagi aduan mengenai penggunaan pelekat itu di Thailand, tetapi pihak berkuasa mengambil keputusan untuk mengharamkannya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Darat Thailand, Sanit Promwong berkata, pemandu yang ditangkap menggunakan pelekat itu boleh didenda sehingga 2,000 baht (RM248).

“Keselamatan jalan raya tidak boleh dikompromi,” katanya dalam kenyataan itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori