Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Lenovo Perkenalkan Produk...

SEOLAH-OLAH Lenovo tidak berpuas hati dengan hanya membuat telefon pintar, smartwatches, tablet dan komputer...

Mohon Maaf Atau Hilang...

GEORGE TOWN - PAS Bahagian Permatang Pauh kekal dengan pendiriannya untuk tidak akan...

PRU15: KJ Minta Bertanding...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan...

Kejutan Apabila Diminta Tunjuk...

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini semalam tergamam seketika apabila seorang lelaki mengemukakan...

Tiada Rakyat Malaysia Terlibat Nahas Pesawat PIA

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas membabitkan penerbangan PK-661 Pakistan International Airlines (PIA) di utara Pakistan hari ini, menurut jurucakap Kementerian Luar.

Beliau berkata Kementerian akan terus memantau perkembangan.

“Pada masa ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden itu,” kata beliau ketika dihubungi Bernama malam ini.

Menurut laporan media asing, sebuah pesawat berkenaan membawa 40 orang terhempas di lereng gunung di utara Pakistan hari ini.


PIA berkata pesawat tersebut terputus hubungan dengan menara kawalan ketika dalam penerbangan ke ibu negara, Islamabad, dari wilayah utara Chitral.

Syarikat penerbangan itu berkata pesawat tersebut terhempas pada jam 1642 waktu tempatan (1142 GMT) di kawasan Havelian di wilayah Khyber Pakhtunkhwa, kira-kira 125 km ke utara Islamabad. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori