Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Bilik Bawah Tanah 200...

HALIFAX - Sepasukan ahli arkeologi menemui sebuah bilik bawah tanah berusia 200 tahun...

Mayat Berbaju Tidur Dijumpai...

Penemuan mayat wanita berpakaian baju tidur berlumuran darah menggemparkan penduduk Kondominium Prima Setapak...

Anak Kecil Main Api:...

SEBUAH produksi teater yang semakin meningkat naik, Anomalist Production yang sebelum ini pernah...

Songket Malaysia Diketengah Di...

KUALA LUMPUR - Songket Malaysia antara barangan pameran yang bakal diketengahkan di Muzium...

Tiga Maut, Seorang Parah Ditembak Di Pattani

PATTANI – Tiga orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam dua kejadian tembakan berasingan di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pertama, seorang anggota pengawal sukarela, Thawat Pongsuwan, 43, dan isterinya, Papimol Chaikong, 31, maut selepas ditembak dua lelaki bersenjata.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi (waktu tempatan itu) mangsa yang menaiki sebuah motosikal ditembak suspek yang mengekori mereka dengan motosikal.

Kedua-dua mangsa yang dalam perjalanan dari daerah Don Rak menuju ke bandar Pattani itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Kira-kira setengah jam kemudian, dua lelaki bersenjata menembak mati seorang ketua kampung dan mencederakan isterinya dalam kejadian di daerah Yaring.

Ketua kampung Moo, 3, Pradab Ma-injon dan isterinya yang menaiki sebuah trak pikap ditembak dua lelaki yang menaiki motosikal.


Ketua polis Yaring, Montri Kongwatmai berkata, suspek mengekori pasangan berkenaan sebelum melepaskan tembakan ketika kenderaan itu berhenti.

“Pradab maut akibat terkena tiga das tembakan di badannya manakala isterinya pula parah,” katanya.

Kumpulan pemisah di selatan Thailand sering menyerang penduduk yang bekerjasama dengan kerajaan kerana dianggap sebagai pembelot. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori