Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penyanyi Black Eyed Peas...

Will.I.Am ialah penyanyi dari kumpulan Black Eyed Peas yang terkenal dengan lagu seperti...

Menteri Kecam Larangan Perarakan...

Menteri Sumber Manusia M Saravanan mengecam keputusan kerajaan melarang perarakan sempena Thaipusam 2022...

Bekas MB Terengganu Nafi...

CHUKAI : Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan tuduhan beliau...

Pendidikan Digital Bakal Diperkasakan...

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan sedang dan bakal melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menambah baik...

Tindakan Jamal Hanya Raih Populariti – Nur Jazlan

JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan tindakan pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos menyerbu pusat perjudian haram semata-mata mahu meraih populariti.

Nur Jazlan turut menasihatkan Jamal agar menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan tampil memberi maklumat berhubung aktiviti haram kepada pihak polis berbanding bertindak bertindak mengikut undang-undang sendiri.

“Jamal hanya meraih populariti apabila beliau menjemput pihak media mengikutnya menyerbu pusat perjudian haram.

“Jika Jamal mempunyai maklumat, beliau perlu memaklumkan pihak polis yang mempunyai unit khas untuk mengendalikan kes aktiviti perjudian haram,” kata Nur Jazlan selepas merasmikan acara Pesta Memancing Sekampung di Sungai Skudai di sini, Sabtu.

Polis baru-baru ini memberi amaran kepada Jamal agar tidak bertindak membelakangi undang-undang atau bakal dikenakan tindakan tegas.


Jamal, yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, mula menyerbu premis perjudian di Sekinchan selepas pihak majlis perbandaran tempatan menyita pusat peranginan beliau yang tidak mempunyai lesen.

Beliau berkata, jika pihak majlis perbandaran boleh menutup premisnya, mereka juga perlu mengambil tindakan sama terhadap aktiviti haram di kawasan tersebut. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori