Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Warga Emas Maut Dirempuh...

TAIPING - Seorang pekerja pembersihan warga emas maut apabila motosikal yang dinaikinya dirempuh...

Pekerja Subway Terkunci, Guna...

SEORANG pekerja rangkaian restoran sandwich Subway di Gloucester, United Kingdom terperangkap lebih lapan...

Jerebu Boleh Diatasi Dengan...

MEDAN - Unit Makmal Tanah Gambut Tropika yang berpangkalan di Sarawak, Malaysia bersedia...

Warisan Selar Tuduhan Dalang...

KOTA KINABALU - Parti Warisan Sabah (Warisan) menyelar kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tan...

Jijik… Peniaga Tiup Ayam Untuk Kelihatan Gemuk

BEBERAPA gelagat penjual ayam di Lima, Peru dirakam cuba menipu pelanggan dengan meniup ayam-ayam mentah yang dijual seperti belon untuk kelihatan gemuk dan berisi.

Menurut sebuah laman antarabangsa, kejadian itu dirakam di La Victoria, bandar Peruvian, Lima.

Menerusi klip yang tersebar, beberapa penjual ayam segar dilihat menggenggam leher ayam itu dan meniup udara ke dalam menggunakan mulut seolah-olah meniup belon hingga ayam berkenaan kelihatan mengembang atau ‘gemuk’ sebelum menutup lubang itu.

Jijik... Peniaga Tiup Ayam Untuk Kelihatan Gemuk

Jijik... Peniaga Tiup Ayam Untuk Kelihatan Gemuk

Jijik... Peniaga Tiup Ayam Untuk Kelihatan Gemuk

Tambah laman itu lagi, para pelanggan yang tertipu dengan saiz ayam itu dikatakan telah membayar dengan harga sebanyak 25 peratus lebih tinggi berbanding harga asal ayam tersebut.


Malah ketika melakukan perbuatan jijik itu, para penjual ayam tersebut tidak segan silu meludah dan berhenti seketika untuk melihat keadaan sekeliling sebelum meneruskan proses meniup ayam-ayam tersebut.

Video yang tersebar telah membangkitkan kemarahan dalam kalangan warga negara itu kerana ramai yang bimbang perbuatan seperti itu dikhuatiri boleh membawa kepada penularan jangkitan disamping tidak amanah dan jujur dalam berniaga.

Walau bagaimanapun, difahamkan kejadian seumpama ini pernah terjadi dua tahun lalu, namun berjaya dihentikan dengan siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan tetapi kini dilaporkan telah menular kembali. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori