Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Gempar Banyak Rakun Berubah...

KECOH... Ibarat filem seram Korea Selatan, A Train To Busan atau aksi Hollywood...

Cara Langsing Dalam Masa...

SEMEMANGNYA tidak ada jalan untuk menurunkan berat badan melainkan melalui keazaman dan usaha cekal untuk...

Hawaii Naikkan Had Usia...

HAWAII sedang mempertimbangkan untuk menaikkan had usia minimum untuk membeli rokok kepada 100...

Arsenal Julang Piala FA...

LONDON - Gol daripada Alexis Sanchez dan Aaron Ramsey mengesahkan kejuaraan ke-13 Piala...

TMJ Lepaskan Pengurusan JDT Musim Depan

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memaklumkan baginda tidak akan menguruskan sepenuhnya kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim depan.

Baginda sebaliknya bertitah akan berehat sedikit daripada sukan bola sepak supaya dapat memberi tumpuan kepada ekonomi Johor dan meningkatkan pendidikan serta kesejahteraan umum rakyat negeri itu.

Justeru, baginda yang masih memiliki 70 peratus daripada pemilikan JDT bertitah tidak meletakkan sasaran sebarang trofi buat pasukan itu untuk tahun 2017 dan hanya meminta JDT melakukan yang terbaik.

“Tiada sasaran trofi. Hanya lakukan yang terbaik dan terus membuat wang untuk kelab. Melabur untuk masa depan JDT. Saya mempunyai misi lebih besar dan misi tersebut adalah negeri Johor.

“Saya telah melakukan tugas saya untuk bola sepak sebelum ini. Saya telah meletakkan orang yang sesuai di dalam kelab dan saya mempunyai penyokong yang terbaik untuk memastikan projek kelab kami akan berjaya.

“Sekarang misi saya memberi tumpuan kepada tugas saya untuk Johor dan ekonomi Johor. Inilah misi saya mulai tahun hadapan dan seterusnya. Melakukan perkara yang telah ditakdirkan kepada saya. Untuk memastikan yang negeri Johor maju dan baik dalam setiap aspek,” titah baginda dalam satu wawancara yang disiarkan di laman Facebook rasmi JDT hari ini.


Tunku Ismail bertitah, baginda juga mahu melihat adakah kelab JDT dapat berjalan sendiri dan mampu mencapai apa yang dimiliki sejak tiga tahun lalu jika baginda tidak menguruskannya secara 100 peratus.

Bagaimanapun, baginda bertitah akan tetap memantau perkembangan kelab JDT. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori