Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

5 Pendatang Syria Maut...

ISTANBUL - Lima pendatang dari Syria ditemui mati selepas bot mereka karam ketika...

DSV Bakal Tarik Balik...

NAMPAKNYA kontroversi mengenai jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau dikenali sebagai...

TH Minta Tuduhan Tidak...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) meminta semua pihak berhenti membuat tuduhan...

Video: Tergempar! Seekor Lagi...

PENDUDUK Johor sekali lagi digemparkan dengan penemuan seekor ikan paus di Muara Sungai...

Tragedi Kenduri Kahwin, Ditikam Hingga Terburai Usus

SUASANA meriah di sebuah majlis perkahwinan bertukar tragedi apabila seorang lelaki menikam saudaranya sendiri sehingga terburai usus di Kampung Awat-Awat, Sundar, Lawas, Sarawak, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 30 an itu parah selepas ditikam menggunakan senjata tajam di bahagian perut sehingga menyebabkan ususnya terkeluar.

Tragedi Kenduri Kahwin, Lelaki Ditikam Sampai Terkeluar Usus

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek yang mengalami masalah mental itu dikatakan cuba menikam bapa mangsa tetapi terkena mangsa.

Menurutnya, suspek yang berusia 53 tahun itu cuba melarikan diri namun berjaya ditahan orang ramai di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis.

“Mangsa kini dilaporkan stabil dan menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu,” katanya.


Suspek ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. – MYNEWSHUB.CC

*Video dibawah sekadar hiasan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori