Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Undi BN, PH Masuk...

Ketua Pemuda PAS kawasan Sik Mohd Shaiful Mhd Nasir memohon untuk berehat daripada...

4 Ditahan, Mercun Bernilai...

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu sekali lagi berjaya menumpaskan kegiatan menjual dan menyeludup...

Pembangkang Bawa Orang Luar...

JOHOR BAHRU - Sambutan luar biasa terhadap kempen yang diadakan parti pembangkang tidak...

Anggota TLDM Ditahan Disyaki...

LUMUT - Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 21 tahun ditahan...

Tragis! Ibu Tinggalkan Anak Mati Kelaparan

JIKA filem Sunk Into The Womb memaparkan kisah benar kehidupan dua kanak-kanak Jepun yang meninggal dunia selepas ditinggalkan ibu mereka kerana mengikut kekasih.

Kali ini pula, kejadian yang sama berlaku di Kiev, Ukraine apabila seorang wanita tergamak meninggalkan dua anaknya dalam rumah berkunci tanpa makanan selain beberapa makanan ringan.

Mirror melaporkan Vladislava Podchapko, 20, meninggalkan anak lelakinya, Daniil, 23 bulan dan anak perempuan, Anna, 2 tahun bersendirian sementara dia tinggal di rumah teman lelakinya selama sembilan hari.

Tragis! Ibu Tinggalkan Anak Mati Kelaparan

Apabila Podchapko pulang, dia mendapati anak lelakinya sudah meninggal dunia sementara anak perempuannya ditemui dalam keadaan lemah dan dikejarkan ke hospital.

“Dia (Anna) berada dalam keadaan sangat lemah dan kami memberikan makanan kepadanya.

“Dia kini dalam keadaan stabil dan dijangka akan pulih dalam masa beberapa hari lagi,” kata seorang doktor yang merawat mangsa.

Anna akan dihantar dan dijaga pusat perlindungan rumah anak yatim atau diberi pada keluarga angkat, atau diserahkan kepada bapanya.

Podchapko dalam kenyataannya menjelaskan tidak menyangka anaknya akan mati dengan tindakannya itu.

“Saya tidak tahu yang mereka boleh mati,” katanya yang kini berada dalam tahanan polis dan berdepan dengan tuduhan mengabaikan anak.


Tragis! Ibu Tinggalkan Anak Mati Kelaparan

Ibu kepada dua anak itu dilaporkan tidak mempunyai masalah kewangan dan sering memuat naik gambar anak-anak yang kelihatan gembira dengan kapsyen mengembirakan seperti ‘Mother’s joy’, ‘Pretty Woman’, ‘My Love’, ‘I Love you, darling’ yang ditujukan kepada Anna dan Daniil.

Dua kanak-kanak malang tersebut adalah hasil perkahwinan pertama Podchapko dengan bekas suaminya sebelum menemui teman lelaki baru dan hamil.

Tragis! Ibu Tinggalkan Anak Mati Kelaparan

Polis tempatan turut berkongsi gambar memaparkan keadaan rumah tersebut yang berselerak dengan kertas dinding dikoyak oleh dua kanak-kanak berkenaan.

Difahamkan, jiran di kawasan tersebut turut mendengar tangisan kanak-kanak malang itu tetapi tiada yang tampil membantu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori