Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Berpakaian Hitam: Beberapa Wakil...

IPOH - Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendedahkan beberapa wakil...

Pindah Kawasan Bukti Pentingkan...

​​​​​​JOHOR BAHRU - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ab Aziz Kaprawi menyifatkan sikap...

Ketua Kongsi Gelap Ke...

SHAH ALAM - Seorang ketua kongsi gelap dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah...

Program Jimat Belanja Dapur...

JASIN - Pengunjung program Jimat Belanja Dapur (JBD) anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan...

Traisy Tekad Pamer Prestasi Terbaik, Buru Slot Sukan SEA ’17

KUALA LUMPUR – Atlet terjun wanita yang pernah beraksi di Sukan Olimpik London 2012, Traisy Vivian Tukiet berazam kembali mempamerkan prestasi terbaik bagi merebut slot beraksi pada Sukan SEA 2017, walaupun masih mengalami kecederaan.

Penerjun berusia 22 tahun itu mengakui kecederaan melibatkan pergelangan tangan dan buku lali dialaminya pada Olimpik London menjadi punca kemerosotan prestasinya, dan kini beliau mengalami rasa sakit di bahagian dada.

Beliau berkata pemeriksaan di hospital telah dilakukan, namun doktor tidak dapat mengesahkan jika terdapat sebarang masalah yang serius.

“Sebelum ini memang kecederaan di kaki dan tangan mengganggu prestasi saya menyebabkan jurulatih menasihati supaya berehat. Disebabkan itu, saya tidak menjalani latihan dan menyertai sebarang kejohanan.

“Kini saya sering berasa sakit di bahagian dada seperti ada sesuatu yang menghimpit. Selepas menjalani pemeriksaan, doktor memberitahu tiada apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pada Himpunan Atlet Kita Juara Fasa II di sini hari ini.

Dalam pada itu, Traisy mengakui bakal berdepan saingan sengit bagi mengisi slot acara kegemarannya iaitu 10 meter platform apabila terpaksa bersaing bersama-sama dua lagi penerjun Olimpik, Nur Dhabitah Sabri dan Leong Mun Yee.


Bagaimanapun, Traisy menegaskan bahawa semua itu tidak akan menjadi penghalang untuk beliau berusaha menempatkan diri dalam kelompok terbaik sekali gus terpilih untuk beraksi pada Sukan SEA 2017.

“Saingan sangat ramai dan saya pun baru menyertai sesi latihan, jadi saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran kerana belum tentu lagi saya akan terpilih.

“Setiap atlet akan mengalami zaman naik dan turun, saya telah merasainya dan apa yang saya boleh buat adalah kuatkan diri, berfikiran positif dan hanya memberi yang terbaik,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori