Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tempat Berteduh Rasulullah Wujud...

POHON Sahabi menjadi 'saksi bisu' pertemuan antara Nabi Muhammad SAW semasa kecil dengan...

Penyelam Dakwa Jumpa Bangkai...

KUANTAN - Sekumpulan penyelam tempatan yang mencari kuda laut dan gamat untuk tujuan...

Kejutan Si Suami, Pelamin...

TEDDY bear atau patung beruang bersaiz besar sentiasa menjadi pilihan utama si dia...

Rugi RM4.5 Trilion: SPRM,...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan empat agensi kerajaan mengambil tindakan...

TRW Tahu Menghormati Walaupun Daif – Annuar

KUALA LUMPUR – Negeri Kelantan boleh berbangga dan bersyukur kerana pasukan bola sepaknya The Red Warriors (TRW) yang menjadi kebanggaannya dibangunkan dari bawah oleh rakyat negeri itu sendiri.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa berkata, Kelantan juga boleh berbangga kerana pasukan yang pernah tercorot di Liga FAM itu kini pasukan yang mendapat perhatian semua pihak.

Bagaimanapun, katanya, kejayaan yang dikecapi pasukan Kelantan tersebut tidak wajar menjadikan pasukan itu terlalu berbangga dengan kelebihan yang pernah dan sedang dikecapi.

“Yang pasti TRW kekal sebuah pasukan negeri yang diusahakan kita rakyat jelata. Kita tidak mengambil milik peribadi pasukan kita. Kita tidak menguasai secara eksklusif aset kerajaan baik stadium atau padang latihan.

“Kita juga menghormati semua pasukan lawan sehingga kini stadium kita boleh saja dikunjungi lawan. Kita punya hubungan baik dengan semua dan tidak mencampuri cara mana orang lain menguruskan diri mereka. Kita cara kita walau sememangnya kita daif. Kita menghormati orang,” katanya dalam akaun Facebook beliau hari ini.

Annuar berkata, pasukan Kelantan juga pernah menolong pasukan lain berdasarkan kemampuan semasa, meminjamkan pemain, menyokong yang layak menjadi pemimpin malah mengalah dalam perebutan pemain.

“Cuma yang pasti kita boleh berkawan tetapi tidak boleh disogok lawan,” katanya.


Beliau dalam pada itu menerangkan setelah bertahun-tahun Kelantan meraih kejayaan maka tidak salah jika beliau membuka ruang kepada sesiapa yang boleh memimpin dengan lebih baik.

Jelas beliau, sikap tersebut adalah lebih baik daripada beliau `memilik peribadikan’ pasukan dan kejayaan maka jawatan Presiden KAFA terus terbuka kepada mereka yang mahu.

Namun, tegasnya, menjadi hak beliau untuk membantu setakat yang mampu, memberi pendapat dalam media sosial, menonton dan menjadi penyokong tegar TRW selaku anak Kelantan.

“Sebagai wakil rakyat tentulah saya menghargai suara rakyat. Saya tidak memerintah, Saya naik turun bersama rakyat kerana mereka berkuasa ke atas saya. Selebihnya saya sentiasa bertawakal dan berserah pada Allah S.W.T,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori