Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Bincang Cadangan Laksana...

KOTA BHARU - Kerajaan akan membincangkan cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh...

Pejabat Labuan Shipyard Musnah...

Labuan : Bangunan pejabat Labuan Shipyard Engineering Sdn Bhd (LSE) berusia empat dekad,...

‘Kecelaruan’ Isu Permit Kempen...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat menolak usul meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menarik...

Mahathir Sedia Jadi Saksi...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan bahawa beliau...

Tuduhan BR1M Rasuah Tidak Berasa – Annuar Musa

KOTA BHARU – Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini menyifatkan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah rasuah sebagai tuduhan tidak berasas.

Beliau berkata kerajaan melaksanakan BR1M selepas menerima perakuan Bank Negara Malaysia dan proses pengagihan bantuan itu dibuat secara telus kepada penerima.

“…eloklah polemik berbaur politik dan kepentingan diri ini dihentikan. Jangan hasut rakyat dengan perkara yang tidak benar dan janganlah amal politik kebencian,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolah Yayasan Pelajaran MARA (YPM) kepada 3,200 murid Tahun Satu dari 22 sekolah di Parlimen Ketereh di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Dr Mahathir mendakwa BR1M adalah satu bentuk rasuah, dan dengan itu, pemberiannya adalah salah di sisi undang-undang atau satu jenayah.


Mengulas lanjut, Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata Mahathir sebenarnya tidak mempunyai sebarang locus standi untuk membuat sebarang kenyataan berhubung kepentingan rakyat kerana beliau bukan Anggota Parlimen.

“Mahathir tidak mempunyai locus standi kerana beliau bukan seorang wakil rakyat, malah semua perkara yang dilakukan oleh kerajaan dibentang di Parlimen,” kata Annuar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori