Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tak Layak Bertanding, Tian...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Tian Chua hari ini memfailkan saman pemula...

Garis Panduan Berkaitan Tadbir...

KUALA LUMPUR - Garis panduan berkaitan penambahbaikan tadbir urus dan operasi agensi agama...

Jaringan Prihatin, Rapatkan Jurang...

KUALA LUMPUR - Program Jaringan Prihatin, inisiatif di bawah Belanjawan 2021 untuk 8.4...

Hotel Istana KL Henti...

SHAH ALAM - Hotel Istana Kuala Lumpur mengumumkan pemberhentian operasi pada 1 September...

Tukang Cat Ragut Telefon Dipenjara 5 Tahun

KUALA LUMPUR – Akibat terdesak dua bulan tidak mendapat gaji dan isteri bakal melahirkan anak kedua, seorang tukang cat yang meragut telefon bimbit seorang pelajar hari ini dihukum penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ampang, di sini.

Hakim Azrul Darus memerintahkan Haryanto Arsah, 23, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 27 Dis lepas.

Haryanto didakwa meragut telefon jenis iPhone 7 Plus bernilai RM4,500 milik seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun di tangga LRT Pandan Indah, di sini pada 11.30 malam 26 Dis lepas.

Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya, merayu kepada mahkamah supaya dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia mempunyai seorang anak dan isterinya bakal melahirkan anak kedua mereka pada 12 Jan depan.

Timbalan Pendakwa Raya Norhashimah Hashim memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan alasan kesalahan sebegini kerap berlaku selain mengambil kira faktor kepentingan awam.

“Kesalahan ini merupakan kesalahan yang serius kerana kes sebegini semakin berleluasa di Malaysia serta tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun.

“Saya mohon hukuman setimpal dikenakan supaya boleh dijadikan pengajaran kepada masyarakat,” kata Norhashimah.


Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian mangsa dan rakannya sedang menuruni tangga di stesen LRT Pandan Indah, telefon pintar mangsa tiba-tiba dirampas dari arah belakang oleh tertuduh.

Tertuduh yang kemudiannya lari ke kawasan perumahan berhampiran bagaimanapun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori