Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Berkeliaran Pakai Baju...

NAMPAK gayanya masyarakat di dunia ini semakin lama semakin hilang rasa malu untuk...

Pelakon Terkenal Indonesia Mengaku...

Pelakon terkenal Indonesia, Lukman Sardi mengakui dirinya sudah keluar dari Islam setelah mengambil...

Covid-19: Britain Luluskan Rawatan...

LONDON - Agensi pengawal selia ubat-ubatan Britain meluluskan rawatan Covid-19 berasaskan terapi antibodi...

Redha Anak Mati Daripada...

JIKA satu perkara yang melibatkan nyawa orang yang tersayang, masihkah anda akan bersikap...

Tular Foto Pembunuhan Kejam 6 Sekeluarga

TERSEBAR beberapa keping foto kes pembunuhan sadis melibatkan keluarga Dodi Triono yang maut setelah dikurung sehari semalam bersama lima lagi yang selamat dalam sebuah bilik air kecil di kediamannya di Pulomas Utara, Pulogadung, Jakarta Timur, Indonesia.

Foto yang tersebar memaparkan beberapa mayat terbaring di ruang tamu dan keadaan mangsa ketika dikurung di dalam bilik air kediaman milik arkitek tersebut.

Terdahulu laman media sosial gempar dengan kejadian enam sekeluarga maut dikurung di dalam bilik air yang sempit seluas 1.5 X 1.5 meter akibat kekurangan oksigen.

Tular Foto Pembunuhan Kejam 6 Sekeluarga

Tular Foto Pembunuhan Kejam 6 Sekeluarga

Tular Foto Pembunuhan Kejam 6 Sekeluarga

Tular Foto Pembunuhan Kejam 6 Sekeluarga

Keenam-enam mangsa yang maut ialah Dodi Triono, 59; dua anak perempuannya Diona Arika Andra Putri, 16; dan Dianita Gemma Dzalfayla, 9; dua pemandunya berumur 40-an; dan seorang lelaki dipercayai anak kepada seorang teman Dodi.

Manakala lima yang tercedera pula ialah seorang wanita bernama Emi berumur 41 tahun, seorang lagi anak perempuan Dodi bernama Zanette Kalila Aazaria, 13, dan tiga pembantu rumahnya Fitriyanim, Windy dan Santi berumur antara 22 dan 23 tahun.


Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Residen Jakarta Timur Sapta Maulana berkata, kesemua yang maut dan terselamat itu ditemui setelah pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada salah seorang saudara mangsa iaitu Sheila Putri.

Baca: 6 Sekeluarga Mati Dikurung Perompak Dalam Bilik Air

Difahamkan Sheila secara kebetulan mengunjungi kediaman itu dan mendapati keadaannya berselerak sebelum terdengar suara orang meminta tolong.

Polis setakat ini belum mengesahkan barangan yang telah dirompak dan masih meneruskan siasatan serta mengumpul beberapa bahan bukti.

Walau bagaimanapun, menurut sebuah portal tempatan negara itu, pihak polis sedang memburu seorang lelaki bernama Yus Pane yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Dua suspek yang lain iaitu Erwin Situmorang, dan Alfins Bernius Sinaga telah berjaya diberkas pada Selasa lalu manakala suspek bernama Ramlan Butar Butar maut ditembak polis kerana melawan pihak polis. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori