Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Nasib Kucing Jalanan Terbela...

SEKUMPULAN kucing jalanan yang akan diusir keluar dari sebuah muzium di China terselamat,...

Buku Laporan Siasatan PATI...

Buku Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Pendatang Asing di Sabah akan dijual kepada...

Mangsa Banjir Di Johor...

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Johor menunjukkan sedikit penurunan setakat jam 4...

Etnik Rohingya Hina Orang...

TIGA lelaki dipercayai etnik Rohingya yang membuat siaran langsung di Facebook dan membuat...

Tular Limpahan Air Di Cameron Highlands Insiden Lama

IPOH – Rakaman limpahan air deras dari lereng bukit di Kilometer 16, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang menjadi tular menerusi media sosial semalam adalah insiden lama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim ketika dihubungi Bernama di sini lewat malam Ahad berkata beliau dimaklumkan insiden itu berlaku pada tahun 2014.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak, Leftenan Kolonel (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata pihaknya telah membuat pemeriksaan dengan pelbagai agensi.

Ini termasuk daripada pihak Jabatan Kerja Raya, Polis Diraja Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat mengenai rakaman tular berkenaan.

“Tetapi tiada mana-mana pihak berkenaan yang menerima laporan mengenai kejadian (limpahan air) itu yang didakwa berlaku semalam (Ahad),” katanya kepada Bernama.


Video limpahan air selama tujuh saat itu menjadi tular di media sosial mulai petang Ahad berikutan secara kebetulan hujan lebat di Cameron Highlands sejak awal pagi.

Ia menyebabkan kawasan peranginan popular di Pahang itu mengalami beberapa kejadian tanah runtuh dan banjir kilat khususnya di Tanah Rata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori