Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Polis Sedang Lengkapkan Siasatan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes...

Polis Siasat ‘Drama’ Pasangan...

SUBANG JAYA - Tindakan seorang lelaki menarik rambut dan mengheret kekasihnya ke dalam...

Mahasiswa Kecewa Tiada Peruntukan...

KUANTAN - Belanjawan 2020 yang disifatkan 'semua orang gembira' oleh Perdana Menteri, Tun...

Penolong Pengurus Syarikat Media...

PUTRAJAYA - Seorang penolong pengurus sebuah syarikat media direman selama enam hari di...

Tupai Gemuk Tersangkut Celah Lubang Nyaris Maut

BERLIN – Alahai! Seekor tupai di Jerman hampir mati ketika cuba berusaha keras keluar dari lurang sempit penutup longkang setelah lama tersangkut dek tubuhnya yang terlalu gemuk.

Tupai comel tersebut dikatakan tidak dapat melepaskan dirinya sendiri daripada cengkaman besi lurang berkenaan kerana bahagian punggungnya yang agak besar, lapor media tempatan baru-baru ini.

Sungguhpun begitu, mujur nasibnya berubah menjadi baik apabila seorang pejalan kaki secara kebetulan ternampak tupai malang tersebut ketika melalui daerah Giesing di Munich, ibu kota Bavaria dekat sini.

Dia kemudian menghubungi Animal Action, iaitu sebuah pusat bagi menyelamatkan nyawa haiwan, yang segera mengerahkan seorang pegawai terlatih, Franziska Baur untuk melakukan operasi tersebut.

Tupai Gemuk Tersangkut Celah Lubang Nyaris Maut

Petugas wanita itu mendapati tupai tersebut ditemui dalam keadaan lemah akibat telah terlalu lama menggunakan segala kudrat tenaga yang ada untuk cuba mengorek besi lurang berkenaan, tetapi tidak berjaya.

Menurut jurucakap Animal Action yang dihubungi pihak media: “Kuku bahagian depan tupai itu menjadi begitu lemah disebabkan percubaan agresifnya untuk melepaskan diri sepanjang hari.”

Haiwan berkenaan malah kesejukan serta tidak berdaya akibat insiden tersebut sekalimgus menjadikan operasi bagi menyelamat tupai berkenaan juga bukanlah mudah, menurut laporan berita tempatan.

Baur tidak dapat menarik keluar tupai tersebut dari atas kerana bahagian punggung haiwan comel berkenaan didapatu tidak akan muat menerusi lubang kecil pada lurang diperbuat daripada besi itu.


Tupai Gemuk Tersangkut Celah Lubang Nyaris Maut

Dia berkata: “Keadaan ketika itu seolah-olah tiada harapan lagi. Namun, akhirnya dengan memakai sarung tangan tebal dan dibantu oleh pejalan kaki yang menjumpai tupai itu, kami cuba angkat sedikit penutup lurang.”

Mereka kemudian menolak satu kakinya ke bawah disusuli kemudian kaki yang satu lagi. Sebaik sahaja bahunya sudah dapat dilepaskan, kepala tupai itu dapat dikeluarkan dengan begitu mudah.

Proses menyelamatkan tupai gemuk itu mengambil masa sekitar sejam. Baur kemudian membalut tupai itu dengan tuala dan segera membawanya ke Persatuan Perlindungan Tupai di Trudering.

Tupai berwarna merah itu kemudian dinamakan Olivio, lapor media tempatan yang memetik kenyataan Evelyne Menges dari pusat perlindungan haiwan berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori