Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tinjau Air Terjun...

LANGKAWI – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meninjau keindahan Air...

Suri Rumah Warga AS...

GEORGE TOWN - Seorang suri rumah warga Amerika Syarikat (AS) ditemui mati di...

Krisis FGV: SPRM Tiba...

KUALA LUMPUR – Beberapa pegawai daripada SPRM tiba di ibu pejabat Felda Global Ventures...

Tubuh J/kuasa Pantau Ekstremisme...

ALOR SETAR - Sebuah jawatankuasa khas bagi memantau dan menangani penyebaran jihad bermotifkan...

Umat Islam Diminta Terus Doakan Rohingya, Palestin

MELAKA – Umat Islam khususnya di Melaka diminta terus berdoa, membaca qunut Nazilah serta melakukan solat hajat agar umat Islam Rohingya di Myanmar, Palestin dan negara lain yang ditindas dapat menempuh dugaan itu serta mendapat pertolongan Allah.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata perbezaan pemikiran, pandangan dan amalan dalam kalangan masyarakat Islam di serata dunia bukan penghalang untuk terus mendoakan kesejahteraan sesama saudara Islam agar sentiasa dilindungi.

Beliau berkata kepelbagaian itu mesti disatukan di bawah payung keimanan, toleransi dan perpaduan bersama kerana prinsip Islam mendidik umatnya adalah bersaudara.

“Terbaharu kita merasa kesan dan kecewa apabila umat Islam di negara jiran iaitu Myanmar dilayan dengan zalim oleh kerajaan dan tenteranya. Ibarat dicubit paha kanan, paha kiri turut terasa sakitnya.

“Sebagai umat Islam, kita mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di negara itu,” katanya pada majlis perhimpunan dan perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini hari ini.

Seramai 7,200 peserta daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri, swasta dan badan bukan kerajaan, melibatkan 117 kontijen menyertai perhimpunan dan perarakan sempena sambutan itu.

Perarakan yang bermula dari Stadium Hang Tuah di Jalan Kubu di sini sehingga ke Dataran Pusat Islam di Bukit Baru diketuai Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan disertai Idris serta barisan exco kerajaan negeri.


Idris berkata apa jua bangsa, bahasa, negara mahupun mazhab yang diikuti, semua umat Islam adalah bersaudara dan perbezaan itu mesti dihargai serta diraikan sebagai sumber kekayaan, bukannya punca persengketaan yang membawa kepada perpecahan.

“Perpaduan umat Islam merupakan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian kerana Islam amat menekankan persefahaman dan perpaduan demi kepentingan bersama.

“Maka ukhwah Islamiah menjadi benteng ampuh menepis agenda jahat musuh Islam,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori