Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Beli Kuih Guna Mata...

KEMELUT 'perang mulut' antara tokoh pembangkang, Tun Mahathir Mohamad dengan Sultan Johor, Sultan...

Lelaki India Ini Boleh...

PERKARA biasa jika yang beragama Islam tidak kira bangsa untuk melaungkan azan dan...

Izreen Azminda Komen Gambar...

PETALING JAYA - Pelakon Izreen Azminda menyangkal dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan...

Kerajaan Perlu Siap Siaga...

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil langkah penting bagi mendepani 'perang perdagangan' atau...

UMNO Gesa Papan Iklan Solidariti Anwar Diturunkan

BUKIT MERTAJAM – UMNO Bahagian Bukit Mertajam menggesa agar tiga papan iklan dipercayai cuba menghasut rakyat berhimpun untuk bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diturunkan segera.

Setiausahanya Mohd Fauzi Sharif berkata satu laporan polis dibuat bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap pihak yang memasang papan iklan di Alma, Permatang Tinggi dan Bukit Teh di sini, sejak dua hari lepas.

“Papan iklan #bebaskan Anwar-selamatkan Malaysia itu mengganggu keamanan penduduk dan apa yang kami pertikaikan ialah kenapa perlu adakan semua itu sedangkan kita semua tahu dia (Anwar) telah habis peluang untuk membuat rayuan.

“Kami juga bimbang tindakan pihak tidak bertanggungjawab (penganjur) untuk mengadakan ceramah dan himpunan solidariti pada 9 Jan ini, akan mengganggu-gugat keamanan negara,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga kecewa dengan tindakan penganjur memasang papan iklan dan kenyataan di atasnya yang memberi gambaran tidak baik terhadap institusi kehakiman negara.


“Selain itu kami juga meminta pihak polis menyekat dan menghalang penganjur mengadakan himpunan solidariti berkenaan kerana bimbang ia akan menimbulkan kekecohan,” katanya.

Difahamkan ceramah dan himpunan solidariti itu yang akan diadakan di tapak expo Seberang Jaya di sini, akan dihadiri pemimpin tertinggi pembangkang bagi menggesa kerajaan membebaskan Anwar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori