Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pihak Berkuasa Buru VIP...

DALAM pada ketegangan mengenai isu kongsi gelap 9 'Dragons' yang dikatakan mengawal aktiviti...

Anak Mami Beri ‘Warning’...

SEORANG pengguna laman Facebook; Farah Elmo menjadi sensasi di laman sosial gara-gara video...

Demi Agenda Parti, Maha...

BAK kata Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir sendiri, Melayu memang mudah lupa....

Polis Tahan 3 Lelaki,...

KOTA KINABALU - Polis menahan tiga lelaki dan merampas dadah dipercayai syabu seberat...

UMNO Tak Tergugat Dengan Penyebaran Surat Layang

SINTOK – UMNO sama sekali tidak akan tergugat dengan helah pembangkang melalui penyebaran surat layang yang cuba melagakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tersebar luas di media sosial.

Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata ini kerana parti itu sebelum ini sudah pun berhadapan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilemparkan oleh parti pembangkang namun masih kekal utuh sehingga kini.

“Saya berdoa agar orang yang membuat fitnah tersebut cepat-cepat bertaubat. Semoga Allah mengampuni dosa mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar ‘Akta Majlis Keselamatan Negara Ke Arah Keharmonian Sejagat’ di sini hari ini.

Sejak dua hari lepas, tersebar secara meluas surat palsu kononnya ditulis timbalan perdana menteri dan antara kandungannya ialah desakan agar Najib berundur daripada kerajaan, selain tuntutan agar beliau segera melepaskan jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun, surat tersebut jelas meragukan kerana wujud pelbagai kesalahan termasuk dalam aspek format, kepala surat, kesilapan jawatan dan nama-nama pemimpin yang dinyatakan.

Shahidan berkata UMNO sendiri tidak pernah membuat fitnah dengan mengada-adakan sesuatu cerita yang tidak wujud mengenai parti pembangkang kerana tahu perkara tersebut adalah satu tindakan politik tidak matang.


“Kami (kerajaan) tidak pernah dan tidak sama sekali membuat fitnah seperti itu, tapi pembangkang, itu memang kerja mereka sejak dahulu lagi,” katanya.

Justeru, beliau meminta meminta semua pihak supaya tidak percaya dengan surat tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori