Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Buat Permohonan Dan Setuju...

PUTRAJAYA – Ibu bapa yang ingin mendaftarkan nama anak mereka dengan nama yang...

Pemandu Teksi Biadap, Berlagak...

DIANGGARKAN hanya 100 orang pemandu sahaja yang hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi...

Kastam Bercadang Kenakan SST...

KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bercadang mengenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan...

RM4.5 Juta Untuk Baik...

JELI - Kerajaan memperuntukkan RM4.5 juta bagi membaik pulih dua cerun runtuh di...

Usaha Kesan Dua Penjenayah, Mangsa Culik Diteruskan

KOTA KINABALU – Usaha mengesan dua lagi penjenayah dan seorang mangsa culik yang dilaporkan hilang dalam insiden berbalas tembakan antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan penculik di perairan Pulau Gaya, Semporna, Khamis lalu, diteruskan.

Ketua Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata operasi mencari yang diselaraskan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) itu giat dijalankan dengan bantuan agensi berkaitan.

“Setakat pagi ini kita belum menerima sebarang status berhubung keberadaan mereka dan kita akan terus melakukan pencarian dengan segala keupayaan yang kita ada.

“Kesemua mereka didapati hilang sejurus selepas pertempuran di perairan berkenaan yang mempunyai kedalaman kira-kira 80 meter,” katanya kepada pemberita selepas menutup EX-Rampas KKIA di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, polis menembak mati tiga daripada tujuh suspek dipercayai penculik dari selatan Filipina dan memberkas dua penculik manakala seorang daripada dua mangsa culik yang merupakan juragan bot berjaya diselamatkan.

Abdul Rashid berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terhadap dua suspek berusia 30-an yang berjaya diberkas dalam kejadian berkenaan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.


“Saya minta orang ramai agar tidak mempercayai sebarang spekulasi yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai kejadian itu. Beri peluang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan kerana banyak perkara yang perlu kita siasat,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai EX-Rampas KKIA, Abdul Rashid berkata latihan yang dilaksanakan selama lima hari sejak Isnin lepas itu bertujuan untuk menguji kesiapsiagaan semua agensi keselamatan terlibat dengan operasi keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

“Seramai 350 peserta termasuk polis, bomba, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan syarikat penerbangan telah mengambil bahagian dalam latihan yang terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu perbincangan, bengkel dan latihan sebenar yang dijalankan di KKIA untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman.

“Keseluruhannya saya berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan semua agensi yang terlibat dan objektifnya tercapai dengan semua agensi telah diberi pendedahan mengenai tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku apa juga perkara yang tidak diingini di lapangan terbang,” katanya.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori