Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Biadap, Pelukis Karikatur Perolok...

SEORANG pelukis karikatur yang mendakwa dirinya aktivis, menghasilkan lakaran komik badut menyerupai wajah-wajah ahli politik...

Mahu Buka Pintu Masuk,...

PUTRAJAYA - Kerajaan Johor perlu mendapatkan kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negeri (MKN) sekiranya ingin...

Anak Patung ‘Hidup’ Kena...

BANGKOK - Anak-anak patung bakal mendapat layanan sama seperti penumpang lain dalam pesawat...

Nikmat Sambut Aidilfitri Berakhir...

SEREMBAN - Seorang warga emas yang tinggal sendirian di sebuah pondok usang di...

Video: Dipukau Wanita ‘Jahanam’ Bertudung Hitam

SEORANG pekerja kedai emas berputih mata apabila terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM5,000 selepas dipukau seorang wanita dalam kejadian dia sebuah kedai emas di Ampang Jaya, Selangor, Selasa lalu.

Difahamkan, mangsa yang baru sahaja sebulan bekerja di kedai emas Zakaria & Sons, Dataran Palma itu tidak menyangka wanita yang kelihatan seperti wanita yang baik-baik itu telah menipunya.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, Nor Azureen Sarudin,26, didatangi seorang wanita bertudung hitam sebelum meminta mangsa menunjukkan seutas rantai leher dan gelang untuk dibeli.

Suspek kemudian meminta mangsa mengambil dua barang kemas itu dari ruang pameran untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Menurutnya, dia rasa dipukau berikutan hanya bertindak mengikut kata-kata wanita berkenaan yang mengarahkan dia mengeluarkan rantai dan gelang emas sebelum membuat kiraan harga ke atas barang seberat 25 gram itu tanpa melihat wajah wanita tersebut.

Selepas dia melihat dan mendapatkan harga barang kemas itu, wanita terebut mengembalkan barang berkenaan sebelum memberi alasan mahu ke keretanya untuk mengambil kad kredit bagi membuat bayaran.

Bagaimanapun, selepas hampir 30 minit menunggu kehadiran wanita tersebut, barulah mangsa menyedai barang kemas yang dikembalikan wanita itu tidak mempunyai label kedai emas.


Curiga selepas melihat tiada label kedai emas, saya segera menimbang semula barang kemas tersebut sebelum mendapati beratnya tidak sama seperti yang dikirakan sebelum itu.

Hasil pemeriksaan CCTV di kedai berkenaan mendapati wantia tersebut bertindak menukarkan barang kemas palsu yang disimpan dalam beg miliknya ketika saya sibuk membuat kiraan,” katanya memetik BH Online.

Menurutnya lagi, susulan kejadian itu dia menunggu kepulangan majikannya untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang berhubung kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Pihak polis difahamkan sedang mengesan suspek berdasarkan rakaman CCTV yang diperoleh dari kedai emas berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori