SEORANG pelanggan restoran mamak di Gelang Patah, Johor Bahru terkejut apabila menu nasi goreng ayam yang dipesan dicemari dengan ulat.
Pelanggan yang tidak diketahui identitinya itu dipercayai berbangsa India berdasarkan audio yang kedengaran menerusi rakaman tersebut.
Video jijik itu dikongsi oleh pelanggan tersebut menerusi laman sosial Facebook.
Di dalam klip berdurasi 50 saat itu, pelanggan tersebut menunjukkan isi ayam yang diletakkan di dalam nasi gorengnya ‘dihuni’ ulat yang lincah bergerak-gerak di dalamnya.
Bukan seekor tapi beranak pinak kat dalam tu.. Eiii loya pulak tekak ni haaa!
Klip yang dikongsi telah ditonton lebih 4 ribu oleh pengguna laman sesawang dan rata-ratanya memberikan komen yang negatif terhadap tahap kebersihan restoran mamak.
Seorang netizen bernama Rahim Ahmad berkata: “Aku sudah lama boikot kedai mamak. Pertamanya kotor. Keduanya pekerja tukang masaknya le. Banyak tempat yang aku tengok orang Nepal. Tau la Nepal tu agamanye ape. Dia peduli ape. Lagi pula makanan yang tak habis dia carry foward. Itu lah yang ayam goreng berulat. Pergilah makan tempat orang kita.”
Manakala Ismail Black pula memberitahu: “Dok habaq lama dah ni tapi hampa dok pi makan juga kedai mamak tu,” tulisnya. – MYNEWSHUB.CC