Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jenazah Awang Dijangka Tiba...

PUTRAJAYA : Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub selamat...

Penduduk Bukit Berlian Gusar...

MELAKA - Perasaan penduduk Kampung Bukit Berlian di Klebang sentiasa resah apabila hujan turun berterusan kerana kemungkinan akan berlaku banjir.Seorang guru Nabilah...

Mayat 36 Militan Disyaki...

BENGHAZI - Mayat 36 individu dipercayai ditembak ditemui berhampiran Benghazi di timur Libya,...

KKM Lulus Penggunaan Vaksin...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini bersetuju memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan...

Video: MPSP ‘Pujuk’ Pemilik Halang Kenderaan Ditunda

AKIBAT tidak mahu kenderaan milik anaknya ditunda penguat kuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), seorang lelaki nekad berbaring bawah kereta tersebut di Jalan Dandy, Bukit Mertajam, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, lelaki yang berusia 50 an itu cuba menghalang penguat kuasa MPSP daripada menunda kereta jenis Mercedes yang diletakkan di kawasan parkir motosikal di situ.

Media tempatan melaporkan, tayar kenderaan lelaki tersebut dikunci empat anggota penguat kuasa MPSP kira-kira jam 11.30 pagi selepas wisel ditiupkan sebanyak tiga kali sebagai amaran untuk pemilik kenderaan mengubah kereta, namun tiada jawapan.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, anggota MPSP mengunci tayar kereta tersebut dan meninggalkan nombor telefon pada cermin.

Menurutnya, selepas satu jam, apabila penguat kuasa MPSP datang semula ke lokasi sama, pemilik kenderaan keluar dari kedainya dalam keadaan marah dan enggan membayar kompaun untuk membuka kunci tayar.

“Disebabkan pemilik kereta tersebut enggan membayar kompaun, penguat kuasa terpaksa menghubungi trak penunda dan menunda kenderaan itu ke MPSP Jalan Betik.

“Lelaki itu kemudian bertindak berbaring di bawah kereta dan enggan keluar walaupun dipujuk penguat kuasa dan polis bantuan,” katanya.


Jelasnya, lelaki tersebut terpaksa ditarik keluar dari bawah kereta dan dibawa ke Balai Polis Bukit Mertajam untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, lelaki tersebut mendakwa mempunyai latar belakang politik dan menjerit tidak mahu membayar tiket letak kereta atau denda.

Malah, pemilik kedai nasi kandar itu juga dikatakan sering meletakkan keretanya di tempat letak motosikal dan enggan mendengar nasihat penguat kuasa untuk mengalihkan keretanya.

Lelaki tersebut kini direman untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori