Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UiTM Perlis Azam Pertahan...

ARAU - Pasukan bola sepak Universiti Teknologi MARA (UiTM) Perlis berazam untuk mengekalkan...

Ranking Jatuh: FAM Rayu...

PUJUK... Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggesa Tunku Ismail Sultan...

Bomba Tengah ‘Sibuk’ 3,000...

MARANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Malaysia merekodkan sebanyak 2,940 kes kebakaran...

“Sajat Dakwa Kerajaan Australia...

PETALING JAYA – Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, mengesahkan dirinya kini telah...

Video: Wanita Diragut Diseret 5 Meter Di Setapak

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang wanita melawan ketika diragut menyebabkan dia terseret beberapa meter sebelum peragut yang menaiki motosikal melepaskannya dan melarikan diri.

Dalam kejadian pada pagi Khamis lalu, mangsa berjalan bersendirian untuk masuk ke stesen minyak di Taman Ibu Kota, Setapak, di sini, sebelum didatangi dua lelaki membonceng motosikal.

Perbuatan penjenayah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran dan berdasarkan rakaman video yang berdurasi 27 saat, suspek datang dari belakang mangsa sebelum meragut beg tangannya yang diletak di bahu kanan.

Bagaimanapun, mangsa yang berbaju kurung putih cuba melawan dan berusaha menarik beg tangannya. Ia menyebabkan mangsa diseret kira-kira lima meter sebelum wanita berkenaan terpaksa melepaskan beg tangan itu.

Rakaman kejadian kini mengundang kemarahan netizen berikutan sifat tidak berperikemanusiaan peragut terbabit dan meminta agar pihak Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan secepat mungkin. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori