Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Asas Kepimpinan Bermula Dengan...

KUALA LUMPUR - Asas kepimpinan bermula dengan sikap dan matlamat mulia serta keutamaan...

Adakan Perlawanan Tinju Saya...

PETALING JAYA - Selepas beberapa siri perang mulut, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail...

Azhan Rani Tampil Mohon...

Apabila kontroversi watak Allahyarham A.R Tompel yang dipotretkan dalam Biopik Saloma timbul, bukan...

Satu Kematian Disahkan Rabies...

Shah Alam : Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat satu kes kematian...

Wanita Buat Laporan Polis Susulan Komen Fitnah Di FB

“BIAR Allah tunjukkan kebenaran,” demikian kata seorang pengasas produk kecantikan dalam laporan polis yang dibuatnya di Pulau Pinang semalam.

Izubiela Rasi, 20-an membuat laporan polis susulan kenyataan berunsur fitnah yang dilemparkan oleh seorang wanita tidak dikenali bernama Yana Hana di ruangan komen laman Facebooknya dalam kejadian Rabu lalu.

Menurut Izubiela, individu terbabit cuba mengaibkan dirinya apabila biadap menggelar suaminya sebagai seorang yang dayus serta menghasut rakan dalam laman FB untuk lebih berhati-hati dengan dirinya.

yana

“Saya sudah menyekat pemilik akaun berkenaan, namun wanita itu terus mengganggu rakan niaga termasuk stokis supaya terus membenci saya.

Saya tidak tahu apa punca sebenar wanita itu berbuat demikian sehingga dia sanggup mengaibkan maruah saya, suami dan keluarga,” katanya yang dipetik akhbar Harian Metro.

Menurutnya kejadian sama pernah berlaku Jun lalu apabila seorang wanita tidak dikenali menggunakan nama Ikin Asyikin cuba memalukan dirinya termasuk membuat ugutan selain menipu orang ramai dengan jual produk keluarannya.


Selain laporan polis saya juga akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Saya tidak pernah terbabit dengan sebaran unsur penipuan dan tidak suka membuat fitnah kerana perbuatan ini dilaknat dan dosanya lebih besar, malah Allah akan tunjukkan segala kebenarannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis  Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid telah mengesahkan laporan itu diterima dan kertas siasatan kini sedang dibuka. -MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori