Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Sultan Johor Terima Darjah...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor menerima Darjah Kebesaran (Order Of Sikatuna) yang membawa...

BN Akan Letak Calon...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon bagi mempertahankan kerusi Dewan...

11 Askar Maut, 7...

MANILA - Serangan udara tentera Filipina bertujuan memerangi militan Islam "Maute" di bandar...

Aman Palestin Ikhtiar Jalan...

PETALING JAYA : Pengurusan tertinggi Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) sedang merencanakan pelan...

Wanita China 64 Tahun Mungkin Ibu Tertua Lahir Anak

CHANGCHUN, China – Seorang wanita berusia 64 tahun menjadi ibu tertua di China selepas selamat melahirkan seorang bayi lelaki menerusi pembedahan dekat wilayah Jilin, timur laut China pada 28 Disember lalu.

Berita itu dilaporkan oleh seorang pengguna laman sesawang Sina Weibo dengan dua gambar dimuat naik.

Satu gambar menunjukkan ibu itu memandang bayinya dan satu lagi gambar menunjukkan ibu berkenaan dengan kakitangan perubatan di bilik bersalin Hospital Kedua Universiti Jilin.

Laporan Weibo itu dikongsi secara meluas.

Ramai netizen yang memuji ibu itu atas kejayaannya dan menghantar ucapan.

“Beliau berani dan menyentuh perasaan saya,” kata doktor Teng Hong yang mengendalikan pembedahan itu di hospital berkenaan.


Hong berkata, wanita itu hamil menerusi kaedah permanian beradas atau bayi tabung uji dan mula memantau kehamilan beliau ketika usia kehamilan mencecah 13 minggu.

Pada 19 Mei 2015, seorang wanita Jerman, Annegret Raunigk, 65, melahirkan seorang bayi perempuan dan tiga lelaki menjadikannya wanita paling tua melahirkan kembar empat.

Di India pula, Omkari Panwar, 70 selamat melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan menerusi kaedah permanian beradas dan menjadi ibu tertua di dunia pada 2008. – Agensi/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori