Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Aksi Dua Pelajar...

KESONGSANGAN remaja Melayu zaman sekarang ini nampaknya semakin menjadi-jadi.Lihat sahaja di mana-mana media...

GST Tidak Akan Naikkan...

KUCHING - Bakal pembeli rumah di Sarawak diminta tidak terpedaya dengan dakwaan pemaju...

Wartawan Britain Menyamar Pelancong...

BATAM - Dua wartawan Britain yang ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak Mei lalu...

Peluru Pelancar Roket Punca...

GURUN - Polis hari ini mengesahkan bahawa kes letupan di sebuah rumah di...

Wanita China Dinobat Pramugari Paling Cantik Dunia

SEORANG wanita bernama Liu Miaomiao dinobatkan sebagai pramugari tercantik di dunia dalam satu pertandingan yang dianjurkan World Air Stewardess Association (WASA), pada tahun ini.

Liu yang berasal dari Xi’an, ibu kota wilayah Shaanxi di tengah China itu merupakan pramugari syarikat penerbangan Shenzhen Airlines sejak enam tahun lalu.

Seperti bakal-bakal atendan pesawat udara yang lain, Liu terpaksa menjalani  latihan orientasi dengan ujian yang ketat selama tiga bulan sebelum layak bergelar sebagai pramugari.

Antara ujian yang pernah dilalui, Liu dikehendaki mengimbangi mangkuk di atas kepada untuk membentuk postur badan sempurna dan menggigit penyepit kayu untuk mengamalkan senyuman sempurna.

shenzenstewardess-2

shenzenstewardess-4

shenzenstewardess-7

shenzenstewardess-9

Setelah empat tahun bergelar pramugari, Liu mendapat berita gembira apabila dinaikkan pangkat kepada ketua atendan pada tahun 2014.


Mengimbas kembali pengalaman yang dilaluinya, Liu memberitahu dia pernah berhadapan dengan penumpang yang mengamuk gara-gara penerbangan dari Beijing terpaksa ditangguhkan.

Bagaimanapun Liu menenangkan mereka dengan senyuman. Apa yang membuatkan dia tidak sangka dan gembira, beberapa penumpang yang marah tersebut kemudian memohon maaf pada akhir penerbangan.

shenzenstewardess-10

Pada masa yang sama, Liu akui kerjayanya membuatkan dia berasa bangga dan dia mahu memberi inspirasi kepada anak muda untuk menjadi atendan penerbangan apabila mereka besar nanti. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Shanghaiist

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori