Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

JPJ Tahan 512 Ulat...

SEPANG - Sebanyak 512 'ulat teksi' ditangkap dan didakwa kerana beroperasi secara haram...

Bakar Rumah Rakyat, Raja...

SEORANG raja suku di Afrika Selatan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas didapati...

Pantai Batu Buruk Kini...

KUALA TERENGGANU - Pantai Batu Buruk yang mempunyai keluasan kira-kira 49 hektar telah...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Utara...

Wanita Cuba Bakar Bilik BF Terpaksa Diselamatkan

BALASAN sekelip mata… Seorang wanita yang cuba bakar bilik teman lelakinya selepas mereka bertengkar, terpaksa diselamatkan oleh bomba selepas dia sendiri terperangkap di dalam bilik itu.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Xie dan berasal dari Taizhou, China itu, kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengalami kecederaan di bahagian paru-paru.

Menurut media tempatan, ketika diselamatkan, dia berada dalam keadaan koma akibat terhidu asap dan mangsa terpaksa dimasukkan ke unit kecemasan di sebuah hospital.

bomba

Pihak bomba juga terpaksa menggunakan pemotong besi untuk membuka pintu di lokasi kebakaran.


Menurut laporan media, Xie cuba membakar tilam di dalam bilik kekasihnya, namun api marak dengan cepat ketika dia cuba memadamkan kebakaran itu.

Meskipun rakan-rakannya cuba memecah masuk ke dalam rumah itu, tetapi mereka gagal hingga memaksa bomba dipanggil ke lokasi berkenaan.

Setakat ini tidak diketahui sama ada wanita itu akan didakwa kerana menyebabkan kebakaran atau tidak. Kes masih dalam siasatan. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori